7- Dan wujud harta halal dan harta haram, dan harta haram adalah pengharamannya dari asalnyaseperti arak, khinzir manakala haram dengan sebab cara perolehannya seperti harta secara tipuan atau rasuah atau mencuri dan sebagainya daripada cara perolehan yang tidak baik.
KEPENTINGAN HUKUM HARTA.
1- Harta fokus kepada pemilikan: pemilikan tidak akan berlaku kecuali dengan adanya harta; adapun pemilikan harta yang diketahui oleh semua orang – iaitu manusia yang tidak mempunyai harta pada pandangan Islam ialah terkeluar daripada kaedah fiqh Islam, iaitu daripada fiqh sebenar, oleh kerana itu seluruh dunia dengan tawanan perangnya kemudian dijalankan dengan system perhambaan, sebagai membuka bab perhambaan daripada konfliknya. Maka dengan itu mesti menjalankannya dengan sistem Islam, selari atas jualbeli dengan musuh seperti contoh: Islam – membataskan perhambaan dengan sumber yang satu iaitu: orang kafir harbi apabila menjadi tawanan perang di tangan orang Islam, jika Islam memberikan ketua muslimin pilihan antara membunuhnya atau memperhambakannya atau menebusnya dengan harta atau sebagai pemberian ke atasnya dengan tanpa tebusan, sebagai melihat kepada kepentingan itu.
2- Harta wajib dijaga: tidak harus bagi seseorang itu merosakkan harta bukan bertujuan syarak – sama ada yang rosak itu tuannya atau sebagainya – maka tidak harus pakaian terpakai dimusnahkan yang mungkin ada manfaat dengannya, bahkan dengan baju tersebut boleh disedekahkan, dan tidak harus melontar makanan lebihan tanpa keperluan, bahkan dengan makanan tersebut boleh disedekahkan, dalam firman Allah s.w.t.: (Sesungguhnya Allah membenci bagi mereka yang suka mengumpat, mensia-siakan harta, dan banyak bertanya), maka sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan harta-harta untuk dimanfaatkan dengannya, maka tidak harus memusnahkannya dan penting untuk memanfaatkannya.
3- Tidak menceroboh harta: tidak harus pencerobohan ke atas harta sama ada ia ..... (bersambung)
Disediakan oleh:
Nurul Farahain Binti Alias