Tuesday, 29 November 2011

m/s 19

Dapatkan beberapa barangan runcit pada harga diskaun dan sebagainya.
   Dan benda yang sama ada harta boleh alih, seperti kerusi, mesin basuh , pakaian, atau harta yang tidak boleh alih, menurut pendapat Hanafi ialah tanah, menurut Maliki ialah tanah juga dan apa yang berkaitan dengannya yang berhubung dengan tempat tinggal seperti binaan, pokok dan sebagainya.
   2) Dan harta sama ada harta yang sama (misil) contohnya ialah apa yang dijual di pasaran (seperti telefon), atau harta yang tidak sama contohnya ialah apa yang tidak dijual di pasaran (seperti lukisan). Dan telah berubah harta yang sama kepada harta yang tidak sama apabila telah menjadi sukar penghantarannya disebabkan oleh beberapa sebab seperti kerosakan, atau kecacatan atau percampuran dengan harta yang lain.
   3) Dan harta sama ada yang berkembang atau yang tidak berkembang. Dan pengusaha hendaklah mengusahakan dengan tenaga atau usaha, seperti duit atau mengusahakan dengan perbuatan seperti haiwan ternakan. Dan harta yang tidak berkembang seperti kereta, tunggangan, pakaian, perabot rumah dan zakat diwajibkan bagi harta yang berkembang dan tidak wajib bagi harta yang tidak berkembang.
   4) Dan harta sama ada harta yang nampak ialah harta yang membolehkan bukan pemiliknya mengiranya seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman atau harta yang tidak nampak ialah yang tidak diketahui oleh yang bukan pemiliknya dan siapa yang dimaklumkan oleh pemilik itu seperti duit. Harta yang nampak adalah wajib bagi setiap negeri mengutip zakatnya. Dan bagi harta yang tidak nampak hendaklah pemiliknya mewakilkan perintah mengeluarkan zakat.
   5) Dan harta sama ada yang habis ialah tidak boleh penggunaannya melainkan dengan menggunakannya seperti makanan dan lilin yang menerangi dan seumpamanya atau harta yang tidak berkurangan ialah boleh penggunaannya serta kekal ainnya (zatnya – benda yang boleh nampak) seperti rumah dan pakaian dan sebagainya.
   6) Adalah pemilikan (benda yang dimiliki) dengan milikan yang sempurna iaitu memiliki ainnya (bendanya) dan manfaatnya bersama atau adalah pemilikan dengan milikan yang tidak sempurna ialah memiliki ainnya (bendanya) tetapi tidak manfaatnya seperti harta rampasan, kerana pemiliknya tidak menyerahkannya kepadanya dan tidak boleh menggunakannya maka wajib zakat bagi pemilikan yang sempurna sahaja bukan pemilikan yang tidak sempurna.

Disediakan oleh : 

m/s 18



Dan yang boleh diambil daripada takrif ini ialah: tabiat dan kecenderungan suatu sifat tidak sama,dan berbeza mengikut pandangan masyarakat, oleh itu sesetengah masyarakat tidak mengharuskan menggadai harta kerana mereka menganggap barang gadaian tersebut sebagai harta dan bukannya harta dikalangan yang lain.

Mereka juga mempunyai pendapat lain mengenai takrif pemilikan harta, maka apa- apa yang menerima pemilikan dikatakan harta, dan apa yang tidak menerima pemilikan bukan dikira harta.
Harta merupakan apa yang dimiliki oleh manusia samaada dari wang tunai atau harta benda. Dan takrif ini menjelaskan suatu harta itu perlulah bermanfaat dan mempunyai hak.
Dan mereka yang mengambil takrif di atas,tidak bersetuju dengan syarat- syarat tersebut, bagi mereka perlu ada bukti. Maka mereka berkata kepadaku: harta adalah sesuatu yang mungkin dimiliki, lalu aku bertanya kepada mereka: apakah sesuatu yang mungkin dimiliki? Dan jelaslah di antara syarat bagi takrif tersebut bahawa perlunya sesuatu harta itu diketahui dengan zatnya dan bukan diketahui dengan zat yang lain.

Pendapat kedua
Pendapat ketiga ulama iaitu Syafie, Hanbali, dan Maliki, mereka bersepakat bahawa harta itu mestilah bermanfaat, dan manfaat tersebut dapat dilihat atau mempunyai faedah atau hak, dan demikian mereka menggangap sesuatu yang mempunyai manfaat dan hak dikira sebagai harta, maka Az-zarkasyi mentakrifkan harta merupakan “apa yang mendatangkan manfaat  kepadanya”.Selain itu,ditakrifkan harta merupakan “apa yang diharuskan bermanfaat kepadanya”.
Dan sesungguhnya pendapat paling baik mentakrifkan harta adalah “ apa yang diharuskan oleh syarak bermanfaat kepadanya walaupun harta tersebut bukan satu keperluan”.

Pembahagian harta
Harta mempunyai pelbagai bahagian, antaranya :
1.Harta sama ada jenis benda seperti kereta dan potongan roti atau yang mempunyai manfaat seperti hak untuk tinggal disebuah rumah dan perkhidmatan ataupun hak seperti hak untuk meluluskan atau membatalkan syarat.

Disediakan oleh : 

Thursday, 24 November 2011

m/s 17


Definisi Harta
Harta menurut bahasa :
    Menurut pandangan Jauhari dalam kitab sahihnya , harta dari segi bahasa adalah kebajikan . Menurut pandangannya dalam Mu’jam Al-Wasit , harta dari sudut bahasa adalah setiap yang dimiliki oleh seseorang atau dimiliki secara kelompok yang ramai samada ia berbentuk barangan yang dimiliki seseorang atau barangan yang dipamerkan atau perniagaan atau aset tetap (hartanah seperti rumah dan tanah) atau wang ringgit atau haiwan ternakan . Adapun dikalangan ahli Mu’jam al-Wasit telah memindahkan maksud dari sudut bahasa ini sebagaimana pindahnya al-Matrazi ke barat oleh Muhammad bin Hussin , iaitu harta itu adalah setiap perkara yang dimiliki oleh manusia samada daripada dirham atau dinar atau emas atau perak atau gandum atau barli atau roti atau haiwan ternakan atau pakaian atau segala senjata atau sebagainya .

Harta menurut istilah para fuqaha’ :
    Daripada penyelidikan atau penelitian istilah-istilah Mal yang diberikan oleh para Fuqaha’ , kita dapati bahawa ada dua hala atau tujuan mengenai istilah Mal ini .
    Pandangan atau hala pertama : Ialah dari hala Hanafiah iaitu daripada penyelidikan takrifan yang diberikan oleh Hanafiah bahawa istilah harta itu adalah kita dapati banyak maksud Mal itu kebanyakannya adalah keperluan ke atas keinginan harta yang tanpa ada manfaat dan juga hak milik yang kekal , kemudian sebahagian kumpulan Hanafiah member tumpuan kepada takrif atau maksud harta adalah dengan melihat keadaan harta itu yang secara fitrahnya hanya dperlukan sahaja , sekiranya tidak dperlukan maka harta itu tidak bermanfaat . Maka datang pula yang memberi maksud Mal itu dengan merungkai penjelasan yang tersirat Usul Al-Bazdawi , dan didapati kebanyakan maksud Mal yang diberikan adalah lebih kurang sama . Dengan itu secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa maksud Mal menurut Hanafiah ialah (( Sesuatu yang diinginkan oleh manusia , dan ia boleh disimpan untuk digunakan apabila perlu )) . Walaupun ada manfaat ataupun nilai tetapi tidak boleh disimpan , maka ia adalah bukan dipanggil sebagai harta .

Disediakan oleh : 
Siti Mahirah binti Mat Ali
09BI01107
 ( SMSU A )