3 ) Hutang : Jika berakhir mudharabah & syarikat ada hutang (orang),maka ahli-ahli Feqah telah mengeluarkan pandangan bahawa mudharib ialah orang yang bertanggungjawab untuk memungut harta mudharabah. Berbeza dengan pendapat Hanafiah, ketika mana sistem mudharabah itu menguntungkanselagi mana ia menguntungkan , maka mereka berpendapat bahawa dalam mudharabah itu adalah untuk mendapatkan keuntungan, maka sesungguhnyaمضارب (pengusaha) itu ialah orang yang bertanggungjawab dalam harta mudharabah. Manakala, sekiranya dalam mudharabah itu tidak menguntungkan, makaمضارب tidak bertanggungjawab untuk mengutip hutang, kerana hutang tersebut adalah harta mutlak pemilik harta itu, maka, tidakdipertanggungjawabkan dengan mengutip hartanya untuknya.Dalam keadaan ini, pemilik harta itu memberi wakil untuk mengutip hutang sehingga dia tidak menyukarkan padanya (wakilitu) salah seorang daripada dua orang yang berhutang.
4) Pelanggaran oleh mudharib – Sekiranya mudharib,menjadi jaminan bagi harta mudharabah. Maka, sekiranya keuntungan dalam pelanggaran hak ini, maka, Imam Hambali dan Imam Shafie telah berpendapat bahawa keuntungannya adalah milik tuan empunya harta itu, kerana dia yang mengembangkan hartanya. Pada pandangan mazhab Maliki bahawa keuntungan ini diagihkan antara mudharib dan pemilik harta mengikut syarat keduanya kerana keuntungan tadi dipersetujui .Pelanggaran hak tidak melibatkan kerugian harta maka harta itu kekal seperti asal. Pada pandangan / pendapat mazhab Hanafi, bahawa keuntungan ini tidak dikira kepada pemilik harta kerana harta itu tiada dalam jaminannya ketika menghasilkan keuntungan. Dan ia merupakan urusniaga, akan tetapi bukan untuk urusniaga (pemilik harta) yang menguasai hartanya kerana ia adalah hasil daripada tingkah laku yang salah / tidak menepati syarak. Ianya adalah suatu pelanggaran hak ,dan apa yang dibina keatas kerosakan maka ianya adalah rosak / salah, bahkan membelanjakannya untuk kepentingan orang-orang Islam.
Dan sesungguhnya terdapat perselisihan pendapat ulama’ yang mana terdapat urusniaga dalam keadaan pelanggaran hak.Maka, pada pandangan Maliki, ianya adalah apa yang terjadi pada keadaan mudaharabah yang sehat @ baik. Dan telah berkata Hanafiah, tidak akan sesuatu itu olehnya, dan Hanabilah dan Shafie berkata, ianya contoh balasan yang baik.
Disediakan oleh :
Sharifah Jamilah Auji Syed Alwi al-Sagoff