Definisi Harta
Harta menurut bahasa :
Menurut pandangan Jauhari dalam kitab sahihnya , harta dari segi bahasa adalah kebajikan . Menurut pandangannya dalam Mu’jam Al-Wasit , harta dari sudut bahasa adalah setiap yang dimiliki oleh seseorang atau dimiliki secara kelompok yang ramai samada ia berbentuk barangan yang dimiliki seseorang atau barangan yang dipamerkan atau perniagaan atau aset tetap (hartanah seperti rumah dan tanah) atau wang ringgit atau haiwan ternakan . Adapun dikalangan ahli Mu’jam al-Wasit telah memindahkan maksud dari sudut bahasa ini sebagaimana pindahnya al-Matrazi ke barat oleh Muhammad bin Hussin , iaitu harta itu adalah setiap perkara yang dimiliki oleh manusia samada daripada dirham atau dinar atau emas atau perak atau gandum atau barli atau roti atau haiwan ternakan atau pakaian atau segala senjata atau sebagainya .
Harta menurut istilah para fuqaha’ :
Daripada penyelidikan atau penelitian istilah-istilah Mal yang diberikan oleh para Fuqaha’ , kita dapati bahawa ada dua hala atau tujuan mengenai istilah Mal ini .
Pandangan atau hala pertama : Ialah dari hala Hanafiah iaitu daripada penyelidikan takrifan yang diberikan oleh Hanafiah bahawa istilah harta itu adalah kita dapati banyak maksud Mal itu kebanyakannya adalah keperluan ke atas keinginan harta yang tanpa ada manfaat dan juga hak milik yang kekal , kemudian sebahagian kumpulan Hanafiah member tumpuan kepada takrif atau maksud harta adalah dengan melihat keadaan harta itu yang secara fitrahnya hanya dperlukan sahaja , sekiranya tidak dperlukan maka harta itu tidak bermanfaat . Maka datang pula yang memberi maksud Mal itu dengan merungkai penjelasan yang tersirat Usul Al-Bazdawi , dan didapati kebanyakan maksud Mal yang diberikan adalah lebih kurang sama . Dengan itu secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa maksud Mal menurut Hanafiah ialah (( Sesuatu yang diinginkan oleh manusia , dan ia boleh disimpan untuk digunakan apabila perlu )) . Walaupun ada manfaat ataupun nilai tetapi tidak boleh disimpan , maka ia adalah bukan dipanggil sebagai harta .
Disediakan oleh :
Siti Mahirah binti Mat Ali
09BI01107
( SMSU A )
No comments:
Post a Comment