Dan yang boleh diambil daripada takrif ini ialah: tabiat dan kecenderungan suatu sifat tidak sama,dan berbeza mengikut pandangan masyarakat, oleh itu sesetengah masyarakat tidak mengharuskan menggadai harta kerana mereka menganggap barang gadaian tersebut sebagai harta dan bukannya harta dikalangan yang lain.
Mereka juga mempunyai pendapat lain mengenai takrif pemilikan harta, maka apa- apa yang menerima pemilikan dikatakan harta, dan apa yang tidak menerima pemilikan bukan dikira harta.
Harta merupakan apa yang dimiliki oleh manusia samaada dari wang tunai atau harta benda. Dan takrif ini menjelaskan suatu harta itu perlulah bermanfaat dan mempunyai hak.
Dan mereka yang mengambil takrif di atas,tidak bersetuju dengan syarat- syarat tersebut, bagi mereka perlu ada bukti. Maka mereka berkata kepadaku: harta adalah sesuatu yang mungkin dimiliki, lalu aku bertanya kepada mereka: apakah sesuatu yang mungkin dimiliki? Dan jelaslah di antara syarat bagi takrif tersebut bahawa perlunya sesuatu harta itu diketahui dengan zatnya dan bukan diketahui dengan zat yang lain.
Pendapat kedua
Pendapat ketiga ulama iaitu Syafie, Hanbali, dan Maliki, mereka bersepakat bahawa harta itu mestilah bermanfaat, dan manfaat tersebut dapat dilihat atau mempunyai faedah atau hak, dan demikian mereka menggangap sesuatu yang mempunyai manfaat dan hak dikira sebagai harta, maka Az-zarkasyi mentakrifkan harta merupakan “apa yang mendatangkan manfaat kepadanya”.Selain itu,ditakrifkan harta merupakan “apa yang diharuskan bermanfaat kepadanya”.
Dan sesungguhnya pendapat paling baik mentakrifkan harta adalah “ apa yang diharuskan oleh syarak bermanfaat kepadanya walaupun harta tersebut bukan satu keperluan”.
Pembahagian harta
Harta mempunyai pelbagai bahagian, antaranya :
1.Harta sama ada jenis benda seperti kereta dan potongan roti atau yang mempunyai manfaat seperti hak untuk tinggal disebuah rumah dan perkhidmatan ataupun hak seperti hak untuk meluluskan atau membatalkan syarat.
Disediakan oleh :
No comments:
Post a Comment