Thursday, 23 February 2012

m/s 91

Dan menurut pendapat Mazhab Maliki : Wajib menerangkan penambahan yang ditambahkan barang disisinya. Dan yang dijualnya bukan daripada penambahan itu, maka menurut pendapat mazhab Hanafi dan mazhab Maliki , dan iaitu salah satu daripada dua riwayat di sisi mazhab Hanbali : Wajib menerangkan mengenai penambahan bilangan disisinya, kerana penambahan itu dihasilkan daripada asal, maka telah menjadi baginya hukum asal, dan menurut mazhab Syafie pula, iaitu salah satu daripada dua riwayat disisi mazhab Hanbali : tidak wajib untuk menerangkan sedemikian, kerana barang itu tidak kurang walaupun dibeli.

Dan harga jualan : Harga jualan pada akad jual beli barang yang dibayar oleh pembeli bagi penjual pada sesi jual beli yang pertama adalah harga untuk dijual, dan perbelanjaan yang dibelanjakan penjual atas barang, dan jumlah keuntungan yang masuk.

Harga yang dibayar oleh penjual pada akad jual beli barang bagi jualan pertama : maka disyaratkan padanya menurut pandangan mazhab Hanafi dan sebahagian dari mazhab Maliki, sesungguhnya boleh jadi ia adalah perumpamaan iaitu contoh jual beli di pasaran, dan tidak disyaratkan mengikut mazhab Syafie, mazhab Hanbali dan sebahagian daripada mazhab Maliki, seperti mana disyaratkan padanya boleh jadi ia adalah barang yang diketahui iaitu apa yang disepakati fuqaha’ ke atasnya.

Penipuan dalam penyebaran jumlah harga : Sekiranya penjual yang menipu bagi akad jual beli barang dalam menyebarkan kepada pembeli mengenai jumlah harga barang yang dibeli , sepertimana kalau dibelinya dengan harga seratus, kemudian dia berkata “aku telah membelinya dengan harga seratus lima puluh”, maka menurut mazhab Hanafi : jual beli itu sah, dan pembeli mempunyai pilihan untuk mengambil barang itu dengan harga itu atau memilih untuk meninggalkannya.

Disediakan oleh :
          NORHIDAYU BT MOHAMAD ZIN                                              
10BI01003

No comments:

Post a Comment