Friday, 24 February 2012

m/s 93

*Keuntungan ialah hasil yang diperolehi, mesti diketahui syaratnya serta harus memberitahu benda yang telah diputuskan nisbahnya, contohnya  penentuan 2% dari harga jualan. 


6)*** Murabahah Al-Amir Bissyira’ ( Keuntungan dengan sebab permintaan untuk pembelian):

a) Takrifnya : Murabahah Al-Amir Bissyira’ ialah seseorang individu tertentu atau pembeli yang meminta kepada seseorang yang lain supaya membelikannya barangan yang tertentu dengan dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya, dan dia  membeli barangan tersebut  serta  memberikan keuntungan kepadanya(penjual).

b) Keperluan : (Penulis berkata) dalam menjual beli ada keuntungan: manusia mempunyai perbezaan kebijaksanaan dan pengalaman, dan hasil daripada perbezaan pengalaman dan kebijaksanaan itu,ia memerlukan sedikit bantuan daripada orang yang lebih mengetahui supaya membantu mereka yang tidak tahu dan tidak berpengalaman. Dan gambaran bantuan ini adalah seperti : seseorang itu akan meminta untuk membeli apa yang dikehendakinya kemudiannya dia akan membeli semula dan ia akan mendapat keuntungan daripadanya, begitulah cara untuk bermuamalat berdasarkan pengetahuan para fuqaha’ terdahulu.

c) Pembahagian dan hukumnya kita boleh lihat keadaan Murabahah Al-Amir Bissyira’ seperti berikut : 

Disediakan oleh :
NOR ASRAF BINTI OSMAN

Thursday, 23 February 2012

m/s 92

Dan berkata Mazhab Maliki: Jual beli itu sah, kemudian penjual itu menurunkan harga pada kenaikan harga yang ditipunya.Maka mengikut pada kemestian , jualbeli terhadap pembeli tidak akan kembali pada haknya, dan pembeli tersebut mempunyai pilihan sama ada mahu meneruskan urusan itu atau membatalkannya.
Dan berkata pula Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali: Jualbeli itu sah, dan penjual tersebut wajib menurunkan harga barangan yang ditipunya, dan tiada pilihan ke atas pembeli.
Kenaikan dan penurunan harga: Pandangan Mazhab Hanafi mengatakan: Sekiranya menaikan harga terhadap si pembeli, atau menurunkan harga oleh si penjual daripada hak akad yang asal, maka oleh itu sekiranya si pembeli mahu menjual barangan yang telah dibelinya untuk mendapatkan keuntungan, maka dia perlu memberitahu sama ada dia mahu menaik atau menurunkan harga, dan menurut pandangan Mazhab Hanbali pula mengatakan: Penurunan atau kenaikan harga selepas akad mengikut pada kebiasaan tidak menunjukkan akad yang asal kerana diturunkan harga pemberian daripada si penjual kepada si pembeli, dan ditambahkan harga pemberian daripada si pembeli kepada si penjual.
Ansuran harga: Sekiranya pembelian barangan dengan harga yang ditangguh-tangguhkan kemudian dia mahu menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, mengikut pandangan Jumhur Ulamak, mereka berkata: Dia perlu menberi penjelasan bahawa barangan itu dibeli dengan harga yang masih bertangguh, kerana barangan masih lagi dalam tangguhan harga dengan kenaikannya tidak mengikut harga semasa. Jika tidak dinyatakan seperti sedemikian, maka pembeli tersebut mempunyai pilihan sama ada membatalkan jualbeli atau meneruskannya dengan mengikut harga semasa.
Dan adapun perbelanjaan lain yang dibelanjakan ke atas barangan tersebut, maka sekiranya seseorang itu mahu menjual barangannya mengikut sistem Murabahah iaitu dengan bersandarkan penambahan pada harga pembelian kesemua perbelanjaan yang dibelanjakan ke atas barangan itu dan menunjukkan kepada manusia supaya tahu mengenai cara perbelanjaannya seperti contoh memperbaiki kerosakan barangan yang lama, mengecatnya dan sebagainya, maka dia tidak perlu membaikinya sekiranya terdapat kerosakan padanya.

Disediakan oleh :
NURUL HUDA BT ABDUL GHANI
 09BI01106

m/s 91

Dan menurut pendapat Mazhab Maliki : Wajib menerangkan penambahan yang ditambahkan barang disisinya. Dan yang dijualnya bukan daripada penambahan itu, maka menurut pendapat mazhab Hanafi dan mazhab Maliki , dan iaitu salah satu daripada dua riwayat di sisi mazhab Hanbali : Wajib menerangkan mengenai penambahan bilangan disisinya, kerana penambahan itu dihasilkan daripada asal, maka telah menjadi baginya hukum asal, dan menurut mazhab Syafie pula, iaitu salah satu daripada dua riwayat disisi mazhab Hanbali : tidak wajib untuk menerangkan sedemikian, kerana barang itu tidak kurang walaupun dibeli.

Dan harga jualan : Harga jualan pada akad jual beli barang yang dibayar oleh pembeli bagi penjual pada sesi jual beli yang pertama adalah harga untuk dijual, dan perbelanjaan yang dibelanjakan penjual atas barang, dan jumlah keuntungan yang masuk.

Harga yang dibayar oleh penjual pada akad jual beli barang bagi jualan pertama : maka disyaratkan padanya menurut pandangan mazhab Hanafi dan sebahagian dari mazhab Maliki, sesungguhnya boleh jadi ia adalah perumpamaan iaitu contoh jual beli di pasaran, dan tidak disyaratkan mengikut mazhab Syafie, mazhab Hanbali dan sebahagian daripada mazhab Maliki, seperti mana disyaratkan padanya boleh jadi ia adalah barang yang diketahui iaitu apa yang disepakati fuqaha’ ke atasnya.

Penipuan dalam penyebaran jumlah harga : Sekiranya penjual yang menipu bagi akad jual beli barang dalam menyebarkan kepada pembeli mengenai jumlah harga barang yang dibeli , sepertimana kalau dibelinya dengan harga seratus, kemudian dia berkata “aku telah membelinya dengan harga seratus lima puluh”, maka menurut mazhab Hanafi : jual beli itu sah, dan pembeli mempunyai pilihan untuk mengambil barang itu dengan harga itu atau memilih untuk meninggalkannya.

Disediakan oleh :
          NORHIDAYU BT MOHAMAD ZIN                                              
10BI01003

m/s 90

Berkata: ((Aku sertakan kos/harga)) bukan berkata :Aku membelinya dengan apa-apa.
-Bagi dua orang yang berakad :Di syaratkan setiap seorang daripadanya mestilah:Berakal,Baligh,atau mumaiyiz dengan keizinan penjaganya untuk menjual dan membuat pilihan,tidak boleh salah seorang  bodoh atau lemah(tidak upaya).
-Bagi barangan:Di syaratkan elok untuk dijual,dalam murabahah atau selainnya,ia mestilah barang yang di ketahui,dan di ketahui dengan sentuhan sekiranya ada,bagi yang tiada dengan  mengandaikan barangan itu,atau dengan cara menerangkan jenis,bahagian,kadar dan ciri-ciri yang di ingininya.
*Penjual memberitahu keaiban barangan:Hendaklah pembeli barangan yang rosak itu adalah orang asing sekiranya dia menjual dengan jual beli murabahah Ulama bersepakat penjual mestilah memberitahu kepada pembeli tentang aib/cacat barangan itu,sekiranya berlaku selepas pembelian,tetapi jika rosak atau musnah barangan itu,Imam Hanafi berpendapat harus menjualnya dengan jualan murabahah(amanah) bukan memberitahu keaiban/kerosakannya,kerana apa yang telah rosak tidak boleh ditukar,pendapat Jumhur Fuqaha’ wajib diberitahu kecatatannya kerana Murabaha adalah amanah,jika tidak di jelaskan keaibannya maka rosaklah amanah itu.
*Menambah barangan yang dijual:Ianya merujuk pada pertambahan,jika pertambahan itu sedia ada, Ahli Fiqh bersetuju bahawa tidak perlu diberitahu keaibannya;sekiranya berasingan,barang yang dijual setelah ditambah dari pendapat Hanafi,Syafie dan Hanabilah:tidak wajib diberitahu kerana barang itu asalnya sudah bertambah,kerana tidak terbatas terhadap barang yang telah di akadkan,pendapat Malikiah:wajib diberitahu pertambahan barangan yang telah bertambah itu.

Disediakan oleh :
NADIAHTUL HUSNA BT MUSTAJAB
10BI01007

m/s 89

Gambaran keempat : seseorang yang memajakkan apa yang dimiliki dalam satu tempoh tertentu sebagai yuran dan pemberi pajak menyewa dan menjual sesuatu kepada orang yang telah diberi pajakan dengan harga sebenar dan hasil keseluruhanya sehingga akhir tempoh pajakan
Ganbaran ini tiada kaitan dengan dengan jual beli secara ansuran, penulis berpendapat bahawa pemberi pajakan mestilah memenuhi janji hingga habis tempoh yang telah di tetapkan, sebagaimana apabila kita membuat suatu pembelian mestilah  mendapat keuntungan padanya.
MURABAHAH
i-                    Dari segi takrif : murabahah ialah kadar jual beli yang melibatkan kos kepada peningkatan keuntungan yang telah diketahui.
ii-                  Keperluan kepada perkara ini : ini kerana manusia berbeza didalam hal ini mengikut pengetahuan dan pengalaman masing-masing maka memerlukan bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman maka dari gambaran ini seseorang itu membeli sesuatu yang boleh mendapatkan keuntungan mengikut nasihat orang yang lebih berpengalaman.
iii-                Daripada jualan urusniaga ada tiga bahagian iaitu : pertama jualan secara rasmi jual beli sesuatu dengan harga yang telah ditetapkan kedua secara mengikut keadaan iaitu jual beli sesuatu dengan kos paling rendah. Ketiga jual beli secara mendapat keuntungan daripada harga yang ditawarkan.
Rukun-rukun murabahah sama dengan rukun jual beli, iaitu lafaz, dua orang yang berakad barang dan harga.
Adapun lafaz: jual beli yang diadakan bersertakan lafaz-lafaz sama ada diberitahu oleh dua orang yang berakad atau melalui tulisan , sebagaimana diadakan dengan isyarat yang difahami tanpa sebarang interaksi
Iaitu menjual sesuatu barangan yang dibeli dan menghabiskan perbelanjaannya keatas nilai barang tersebut dengan sejumlah wang maka ianya adalah jualan secara murabahah .

Disediakan oleh :
NOR WAHIDAH BT MOHD RAZALI

m/s 88

(harga simbolik) Jika dikatakan: sesungguhnya pemilikan sesuatu jika mendapat pulangan yang sedikit adalah diketahui di dalam sektor kebajikan tetapi tidak diketahui dalam perniagaan kerana objektif perniagaan ialah mengaut keuntungan.
            Saya berkata: dalam keadaan kita ini, jangan lupa bahawa pemilik- pemberi sewa telah dibayar sewaan secara ansuran yang tinggi, kadang-kadang termasuk dalam penipuan dan keburukan, untuk membentuk bersama harga yang ditentukan yang diambil oleh penyewa pada akhir tempoh sewaan harga sesuatu yang disewa kerana niat kedua-dua pihak terikat dari awal kontrak jual beli, dan bukannya sewaan.
            Gambaran ketiga: seseorang menyewakan apa yang dimilikinya dalam tempoh tertentu dengan harga yang sedia maklum, dan kedua-dua pihak bersetuju ke atas barang yang disewa jika penyewa membayar hutang/bayaran sewaan sehingga tamat tempoh sewaan maka penyewa menjadi pemilik dengan harga sebenar yang dijual di pasaran.
            Bentuk ini tiada kaitan dengan jual beli secara ansuran, tetapi ia menerangkan bahawa jika kedua-dua pihak bersetuju dengan sesuatu harga bagi sesuatu yang disewa, akad jadi sah, dan jika mereka tidak bersetuju dengan harga yang ditentukan, sebagaimana yang dinyatakankan dalam akad bahawa penyewa akan menjadi pembeli dengan harga yang dijual di pasaran pada tempoh akhir sewaan, akad menjadi rosak kerana tidak diketahui harganya, kerana tidak ada seorang pun yang tahu berapa harganya akan datang.
            Baki yang perlu kita bincangkan ialah mengenai kontrak jual beli yang mana penyewa telah membayar semua sewaan dalam perjanjian/tempohnya, umpamanya  pemberi sewa berkata kepada penyewa: jika awak membayar sewa secara ansuran dalam tempohnya maka akad dibolehkan, jika dia tidak membayarnya dalam tempohnya, maka akad terbatal, itu adalah syarat yang mengharuskan kontrak ini.
            
Disediakan oleh :
Nor Adilah Bt Zulkifeli 
(09BI01133) 

m/s 87

DALAM BENTUK PERTAMA: Dua orang yang berakad untuk sewa rumah dalam tempoh sepuluh tahun dan membayar setiap tahun seribu dinar. Penyewa membayar sewa dan bersetuju dengan perjanjian yang  dibuat untuk menjadikan rumah miliknya pada akhir tempoh sewa tanpa apa-apa bayaran penambahan.
Sesiapa yang meniliti keadaan ini akan mendapati:
Sesungguhnya niat dua orang yang berakad berdasarkan kepada akad jual secara ansuran dan bukan akad sewa tetapi dilindungi dengan akad sewa yang dinamakan premium (jaminan) yang dibayar dengan harga pembeli.
Dalam bentuk ini kita dapati syarat jualan, dimana penjual tidak memindahkan pemilikan jualan, yang dimaksudkan disini ialah rumah untuk pembeli hanya selepas pembayaran harga dan ini adalah syarat harus iaitu syarat yang perlu ada pada mazhab hambali dalam tempoh 82. Dan syarat kontrak yang tergantung perlu dibuktikan apabila menerangkan keadaan akad atau akad yang dibubarkan.
DALAM BENTUK KEDUA: untuk menentukan harga simbolik sesuatu sewa yang berakhir dengan pemilikan, penyewa membuat pembayaran dan pertukaran sepertimana yang dipersetujui untuk menjadikan sesuatu itu miliknya.
Dalam bentuk ini kita dapati akad sewa telah tamat tempoh dan akad jualan yang mana disyaratkan penyewa membayar sewa yang dipersetujui tepat pada masanya.
Dan kekal juga sesuatu dengan harga simbolik (tidak seberapa)  iaitu asalnya harus, dan harus bagi pemilik menyerahkan apa yang dimiliki tanpa menambah apa-apa bayaran (pampasan) kerana dia boleh menjual nilai yang rendah daripada harga asal.

Disediakan oleh :
MARYAM WAFDA BINTI KAMILEN 
(09BI01184)
 (SMSU 5C)