Friday, 24 February 2012

m/s 100

= Daripada Kaa’b Bin Malik sesungguhnya meminta dihakimi akan Ibnu Abi Hadradin mengenai hutang. Ketika itu dia berada di masjid. Lalu, keduanya telah meninggikan suara sehingga terdengar oleh Rasulullah S.A.W di rumahnya. Lalu keluar baginda ke arah keduanya sambil menyelak tirai rumahnya. Kemudian memanggil: (wahai Kaa’b), maka berkata: ya, saya menyahut seruan mu. Maka berkata : “halalkanlah dari hutang kamu “,dengan memberi isyarat melalui tangannya, iaitu membahagikannya kepada dua. Berkatalah dia: sesungguhnya aku telah melakukan sedemikian, wahai Rasulullah. Bersabdalah Baginda: “bangunlah keduanya dan menyelesaikannya”. 

= Jika pengguguran yang bertentangan dengan tempoh / kelewatan ia bukanlah riba, kerana riba mengandungi penambahan pada setiap ganti rugi apabila bertentangan dengan tempoh / kelewatan. Dan ianya bebas daripada tanggungan terhadap sebahagian ganti rugi yang bertentangan dengan tempoh / kelewatan. Riba adalah penambahan iaitu sesuatu yang diusir. 

= Pemiutang yang menggugurkan hutang penghutangnya atau sebahagian hutangnya dengan sesuatu yang lain. Maka pengguguran itu sebahagiannya bertentangan dengan tempoh / kelewatan, atau tidak bertentangan dengan tempoh / kelewatan adalah lebih utama iaitu harus. 

Tarjih: Memandangkan pada masalah menyegera membayar hutang mengenai tempoh masa, terdapat 3 hadis: 
Pertama: Hadis Al-Miqdad Bin Al-Aswad memutuskan sebagai haram. m/s 98

Kedua: Hadis Abdullah Bin Abbas memutuskan sebagai halal. m/s 99

Kedua-dua hadis ini bertentangan dan dhoif. Oleh itu, tidak sah beralasan dengan salah satu dari keduanya. 

Ketiga: Hadis Kaa’b Bin Malik memutuskan sebagai harus menurunkan kadar hutang agar disegerakan menunaikannya. Ia adalah hadis sahih, perlulah mengamalkannya. m/s 100
Dan jangan menukar tempoh / kelewatan itu dengan harta yang betul-betul haram, lalu nas didatangkan pada perkara yang diharamkan iaitu penambahan ke atas hutang disebabkan bertentangan dengan tempoh / kelewatan. Ini dinamakan penambahan dengan riba iaitu sesuatu yang mengeksploitasi dan berpihak pada pemiutang yang melukakan (membebankan) orang yang memerlukan.
Adapun penurunan jumlah hutang penghutang yang mengalami kelewatan kerana tidak mempunyai sesuatu di dalamnya sesungguhnya ia bukanlah riba kerana tiada sebarang penambahan padanya, dan riba adalah penambahan. Selain dari itu ia juga melambangkan keihsanan dan mempermudahkan ke atas penghutang iaitu sebaliknya (bertentangan) daripada riba. 
*dain : pemiutang
Madin : penghutang 

Disediakan oleh :
NURFAIZAH BINTI SAZALI

m/s 99

(*tajuk : boleh atau tidak mempercepatkan bayaran  hutang ?)
Diriwayatkan oleh Miqdad Bin Aswad berkata : “ Beliau menjual barangan secara salaf kepada seorang lelaki sebanyak 100 Dinar kemudian tiba gilirannya keluar dalam satu angkatan kecil yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. Maka dia berkata kepada lelaki itu. Bayarlah segera sebanyak 90 dinar sahaja dan aku potong daripada kamu sebanyak 10 Dinar. Jawab lelaki itu : Ya. Miqdad menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w : Baginda bersabda : Kamu telah memakan riba wahai Miqdad dan kamu telah memberi makan riba kepadanya wahai Miqdad”.

= Penjual telah menjual tempoh bayaran dengan harta yang dipotongnya daripada orang yang berhutang. Tindakan seumpama ini, sama seperti riba dari segi timbal balas tempoh dengan harta.

Ibn ‘Abbas, Ibrahim al-Nakha‘i dan satu riwayat daripada Imam Ahmad, menghukumkan harus menyegerakan pembayaran ansuran sebagai imbalan dari potongan sebahagian hutang. Riwayat ini dipilih oleh Imam Ahmad dan disokong oleh Ibn Taymiyyah dan muridnya Ibn Qayyim.

Inilah juga pandangan yang dipegang dan difatwakan oleh Akademi Fiqh Islam. Antara resolusi yang dikeluarkannya ialah :
 (( Memotong hutang yang bertempoh supaya disegerakan pembayaran hutang tersebut, samada kerana permintaan daripada orang yang memberi hutang atau pihak yang berhutang (potong dan segerakan bayaran) tidak termasuk ke dalam erti kata riba yang diharamkan, jika tidak dibuat persetujuan terlebih dahulu, untuk mengadakan potongan tersebut dan selagi mana hubungan di antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang dalam bentuk hubungan dua hala. Apabila melibatkan campurtangan pihak ketiga, hukumnya tidak harus, kerana pada masa itu, ia menduduki hukum potongan mata wang perdagangan.))

Golongan ini berdalilkan perkara berikut :

= Ibn ‘Abbas meriwayatkan, ketika Nabi s.a.w diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya menghalau Yahudi Bani al-Nadir keluar dari kota Madinah, satu golongan manusia datang menemui baginda, lalu menyatakan : “Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya tuan telah memerintahkan mereka dihalau, sedangkan orang ramai masih menanggung hutang
yang belum berbayar. Rasulullah s.a.w. bersabda :
Potonglah dan segerakanlah pembayaran hutang itu.” *malaysia : rebat hutang

Disediakan oleh :
NOR AIN SHAKINA BINTI ABD TALIB 
(10BI01081)

m/s 98

Gambaran  Permasalahan  ke 4
-Menyuruh atau memerintahkan orang lain untuk urusniaga sesuatu barang tertentu dan membuat perjanjian bahawa orang yang membeli brang itu daripadanya(yang disuruh)dengan bayaran yang bertempoh (secara ansuran)dan mendapat untung yang disuruh (padanya)urusniaga dengan jumlah yang tertentu.
-hukum bagi permasalahan berikut:
·         Mestilah orang yang disuruhkan untuk urusniaga tersebut menjual barang tersebut menjual barang tersebut kepada orang yang telah diperintahkan kepadanya berdasarkan yang telah dibuat oleh dirinya sendiri.
·         Mestilah orang yang yang menyuruh  untuk urusniaga tersebut melunaskan apa yang telah disuruhnya berdasarkan kepada perjanjian yang telah dibuat oleh dirinya sendiri kerana pelunas janji adalah wajib dan dihukumi oleh qadhi.
·         Untung yang diberikan oleh orang yang menyuruh kepada yang disuruh untuk urusniaga itu samada jumlah keuntungan tersebut sedikit atau kadar yang tertentu,sebagai ganti bayaran ansuran yang terdahulu pada bab jual beli ansuran.

-Penyegeraan ansuran sebagai ganti atau tukaran dengan penguguran sejumlah daripada hutang.
Sesungguhnya penguguran sejumlah daripada hutang oleh pemberi hutang sebagai ganti bagi mempercepatkan pelunasan hutang(orang yang berhutang)yang mempunyai tempoh waktu  yang telah ditetapkan,dikenali disisi fuqaha sebagai masalah  “letak dan segera”dan dari segi istilah dikenali sebagai “pendamaian secara pembebasan” atau pendamaian secara diskaun.

Hukumnya:bercanggahan para fuqaha pada penguguran sedikit jumlah hutang yang ada tempoh waktu yang ditetapkan,sebagai tekaran bagi mempercepatkan pelunasan hutang seperti berikut:-

Telah sepakat Mazhab Hanafi,Maliki,Syafie dan Hanbali bahawa Sesungguhnya tidak harus mengugurkan sejumlah daripada sejumlah hutang(yang bertempoh) sebagai ganti bagi mempercepatkan pelunasan hutang.

Disediakan :
Nor Thamaniah Binti Saseli

m/s 97

*hujah janji wajib ditunai (Surah al-saff ayat 2-3 ): 

(Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan ? ( itu ) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.)
Jumhur fuqaha’ maliki berpendapat ; bahawasanya berjanji itu adalah mengikat dan wajib menunaikannnya. Dan hakim berhukum dengannya jika ianya sabit atas satu-satu sebab atau di masukkan dalam perkara untuk yang di janjikan untuk di tunaikan.
Mereka berdalilkan apa yang mereka pegang adalah menghimpunkan semua dalil-dalil yang ada maka apa yang di tunjukkan oleh dalil sunat di anggap tidak termasuk perkara yang di janjikan untuk di tunaikan. Manakala dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan dianggap termasuk dalam janji yang perlu di tunaikan.
Pandangan saya (pengarang) rajihnya pendapat yang mengatakan wajib menunaikan janji secara mutlak sebagai 1 agama(wajib) dan wajib menunaikan janji secara penghakiman/ dalam penghakiman jika ianya merupakan satu sebab kepada sesuatu atau di masukkan dalam satu perkara yang perlu di tunaikan.
Dan berdasarkan apa yang telah di sebut pada kewajipan menunaikan janji dan juga penghakiman Qadi dengannya atau penghukuman secara ta’zir dengan sebab meninggalkannya, saya berpendapat jika seseorang menyuruh seseorang yang lain untuk membeli sesuatu barang yang tertentu dan dia (orang yang menyuruh itu) berjanji untuk membelinya dengan harga semasa dan dia berjanji untuk menjualnya kepada pembeli, maka wajib keatas setiap daripada mereka untuk menunaikan apa yang di janjikan, jika tidak maka Qadhi akan menghukum secara ta’zir dan memaksa menunaikan apa yang di janjikan kerana harus bagi Qadhi untuk menghukum secara ta’zir bagi orang yang meninggalkan kewajipan dan memaksa mereka menunaikannya.
Apa yang penting untuk di tunjukkan di sini : bahawasanya perjanjian itu bukan satu akad maka perjanjian boleh jadi sempurna sebelum pembelian barang untuk keadaan ini tidak ada masalah baginya adapun akad ianya tidak boleh melainkan setelah pembelian barang dan pemilikannya untuk mengelak jualan seseorang apa yang dia tidak miliki.       

Disediakan oleh :
Nor Hidayah Bt Johan


m/s 96

Maka Rasulullah SAW telah bersabda : tiada kebaikan dalam penipuan, maka dia berkata : Wahai Rasulullah, bolehkah aku berjanji? Maka Rasulullah SAW menjawab: tidak menjadi kesalahan ke atas kamu.

Bahawa janji dalam menderma, dan tiada keterangan mengenai keperluan untuk menderma, derma dan kontrak tidak mengikat dan boleh ditamatkan. 

Dan keterangan tersebut membincangkan, di mana nas-nas yang didatangkan memberi amaran tentang memungkiri janji, sesiapa yang memungkiri janji disifatkan sebagai orang yang munafik. sebagaimana yang telah dibincangkan dalam satu perbualan (tanda orang-orang munafik ada tiga <hadis m/s 95>) dan hal ini tidak disepakati bersama hukum yang harus, kerana meninggalkan yang harus itu tidak menjadikan munafik untuk selama-lamanya. 

Maka hadis yang dikehendakinya tidak sah kerana bukti tersebut adalah bukti yang lemah, dan kerana persetujuan itu membawa kepada janji dan aku mempercayai terhadap janji yang dilakukan,../../../user/Desktop/muamalat/96.docx - _ftn2 dan membawa kepada pentakwilan hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya: ( Jika sesiapa yang berjanji kepada saudaranya dan dalam niatnya untuk bertemu, tapi dia tidak tepati, dan tidak sampai kepada waktu yang dijanjikan maka tidak berdosa ke atasnya ).

Adapun tidak menjadi kewajipan dalam sumbangan, dan tidak juga menjadi kebiasaan, maka dengan hal ini sebelum memulakan sesuatu perjanjian, sekiranya apabila penderma disyariatkan dalam menderma maka menjadi satu kebiasaan, maka janji yang diterima tidak menjadi kebiasaan bagi orang yang berjanji, akan tetapi janji itu menjadi satu kewajipan ke atas orang yang berjanji dengan menunaikan apa yang telah dijanjikan. 
Sebagaimana yang telah dibincangkan oleh Umar bin Abd Aziz, Hasan Al Basri, Ishak bin Rahawaih, Ibnu Syubrumah dan Ibnu Taimiyah wajib menunaikan janji yang mutlak. Dan wajib ke atas hakim dalam penghakimannya. 

Dan mereka telah menunjukkan apa yang telah didatangkan kepadanya sebagaimana firman Allah dalam Surah As- Saf / 2-3 .

 Disediakan oleh :
SUMAIYAH BINTI AZMI


m/s 95

Bentuk ketiga : Menyuruh individu untuk membeli sesuatu barang, dan merupakan satu komitmen untuk menjanjikan kepadanya bahawa dia membeli sesuatu barang dengan harga tunai, tanpa menerangkan jumlah/kadar keuntungan ini.
Dalam keadaan ini apabila seseorang peniaga enggan menjual kepada pembeli, sedangkan pembeli dalam keadaan terdesak sebab tiada pilihan lain,kerana syarikat itu adalah syarikat tunggal.
Dalam keadaan ini pula,pembeli berjanji dengan penjual untuk melangsungkan jual beli dengan cara yang baik.Dalam tempoh tertentu pembeli membatalkan perjanjian tersebut.Sedangkan penjual sudah penuhi permintaan pembeli,jadi penjual memaksa pembeli untuk meneruskan jual beli.Adakah ini paksaan membeli barangannya ?
Sesungguhnya Ini adalah kerana untuk menjaga seseorang dalam menunaikan janji,dan sejauh mana janji itu di tepati.
Menurut pendapat fuqaha sesiapa yang memenuhi janji adalah tergolong daripada sifat orang yang beriman dan sesiapa yang melanggar janji adalah tergolong daripada orang munafik .Nabi s.a.w bersabda :Tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkiri janji.dan apabila dia diberi amanah dia mengkianati.[1]Kemudian mereka berselisih pendapat dalam menunaikan janji.

*Mazhab abu hanifah,shafie, ahmad hambal, auza‘I dan zohiriah[2], untuk memenuhi janji adalah sunat , dan membelakangi janji itu adalah makhruh. dan apabila dia tidak berniat untuk berjanji dengan membelakangi janji dan memudaratkan masa yang di janjikan. Dalilnya hadis yang di riwayatkan Imam Malik kepada rasullullah s.a.w: saya berbohong kepada isteri saya. Maka Rasulullah SAW telah bersabda : tiada kebaikan dalam penipuan, maka dia berkata : Wahai Rasulullah, bolehkah aku berjanji? Maka Rasulullah SAW menjawab: “tidak menjadi kesalahan ke atas kamu.[1]”
*khilaf

Disediakan oleh :
FATIN ‘AQILAH BINTI HANAPIYAH

m/s 94

LIHAT CARTA M/S 94

**************************************

Setelah kita mengetahui bentuk carta di atas, di sini terdapat penjelasan berdasarkan hukum syari’ antaranya adalah seperti :

Bentuk Pertama : seseorang pembeli yang ingin membeli barang daripada seseorang yang lain, dia boleh memilih sama ada dia hendak membeli atau tidak  sekiranya mendatangkan keuntungan, ataupun dia tidak mahu membeli, pihak penjual boleh sama ada hendak menjual atau tidak dan pembeli juga boleh hendak membeli atau tidak.

Jika keadaan ini dibolehkan, maka tidak ada larangan padanya.



Bentuk kedua :  Apabila seseorang menyuruh pihak seorang lain untuk membeli sesuatu barang dagangan dan menjual barang tersebut serta mendapat keuntungan daripadanya sebelum menjual pada awalnya. Dalam bentuk ini tidak diharuskan. Menjual dengan cara demikian adalah tidak sah dan terbatal kerana menjual sesuatu bukan miliknya. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : “Janganlah kamu menjual sesuatu yang bukan milik kamu.”