Friday, 24 February 2012

m/s 97

*hujah janji wajib ditunai (Surah al-saff ayat 2-3 ): 

(Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan ? ( itu ) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.)
Jumhur fuqaha’ maliki berpendapat ; bahawasanya berjanji itu adalah mengikat dan wajib menunaikannnya. Dan hakim berhukum dengannya jika ianya sabit atas satu-satu sebab atau di masukkan dalam perkara untuk yang di janjikan untuk di tunaikan.
Mereka berdalilkan apa yang mereka pegang adalah menghimpunkan semua dalil-dalil yang ada maka apa yang di tunjukkan oleh dalil sunat di anggap tidak termasuk perkara yang di janjikan untuk di tunaikan. Manakala dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan dianggap termasuk dalam janji yang perlu di tunaikan.
Pandangan saya (pengarang) rajihnya pendapat yang mengatakan wajib menunaikan janji secara mutlak sebagai 1 agama(wajib) dan wajib menunaikan janji secara penghakiman/ dalam penghakiman jika ianya merupakan satu sebab kepada sesuatu atau di masukkan dalam satu perkara yang perlu di tunaikan.
Dan berdasarkan apa yang telah di sebut pada kewajipan menunaikan janji dan juga penghakiman Qadi dengannya atau penghukuman secara ta’zir dengan sebab meninggalkannya, saya berpendapat jika seseorang menyuruh seseorang yang lain untuk membeli sesuatu barang yang tertentu dan dia (orang yang menyuruh itu) berjanji untuk membelinya dengan harga semasa dan dia berjanji untuk menjualnya kepada pembeli, maka wajib keatas setiap daripada mereka untuk menunaikan apa yang di janjikan, jika tidak maka Qadhi akan menghukum secara ta’zir dan memaksa menunaikan apa yang di janjikan kerana harus bagi Qadhi untuk menghukum secara ta’zir bagi orang yang meninggalkan kewajipan dan memaksa mereka menunaikannya.
Apa yang penting untuk di tunjukkan di sini : bahawasanya perjanjian itu bukan satu akad maka perjanjian boleh jadi sempurna sebelum pembelian barang untuk keadaan ini tidak ada masalah baginya adapun akad ianya tidak boleh melainkan setelah pembelian barang dan pemilikannya untuk mengelak jualan seseorang apa yang dia tidak miliki.       

Disediakan oleh :
Nor Hidayah Bt Johan


No comments:

Post a Comment