Sesungguhnya , jual beli secara tawarruq ini tidaklah ditolak oleh syarak maka dengan itu boleh diteruskan dengan menggunakan keharusan pada hukumnya yang asal itu. Maka dengan itu, akad yang dijalankan itu adalah harus selagi tidak didatangi dalil yang mengharamkannya untuk berjual beli secara tawarruq ini.
Pada masa kini , manusia sekarang adalah amat memerlukan kepada jual beli secara tawarruq ini, kerana peminjam jenis qardh al-hassan adalah kurang . Maka dengan itu, sesiapa yang memerlukan ataupun berkehendak kepada harta(terutamanya dengan cepat) tidak perlu bersungguh/bersusah payah untuk meminjamnya, dan kadang-kadang penyesuaian kepada hak untuk berjual beli barang dagangan secara ansuran ini adalah perlu dan kemudian menjualkannya, walaupun dengan adanya kemungkinan kerugian, penjual menjualnya dengan harga semasa untuk mendapatkan sesuatu nilai yang dikendakinya itu.
Dan dengan itu, jual beli secara tawarruq ini ada dua pendapat, iaitu pendapat yang pertama menghalang daripada jual beli ini, dan pendapat yang kedua pula mengharuskannya, dan oleh itu, telah diputuskan/difatwakan didalam muamalah dan haji dibenarkan untuk mengambil pandangan yang lebih memudahkan manusia.
4) Sewa Yang Berakhir Dengan Pemilikan (Al-Ijarah Muntahiyah Biltamlik) atau di Malaysia dikenali sebagai Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB)
1- Definisi : sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ialah akad diantara dua orang yang mana salah seorang itu memerlukan sesuatu jumlah yang tertentu daripada harta disewakannya itu untuk suatu tempoh tertentu. Dengan syarat pemajak memiliki harta tersebut pada akhir tempoh yang telah ditetapkan mengikut persetujuan.
2- Faktor Pendorong : perniagaan sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ini menggantikan jual beli secara ansuran, dengan harapan mereka akan kekal dengan barang tersebut. Ini adalah bermaksud, orang yang menyewa beli untuk mendapatkan pemilikannya itu membayar sewa sehingga sempurna keseluruhan bahagian yang harus dibayarnya itu. Maka dengan itu selamatlah haknya dan dilindungi daripada menangguhkan tindakan pembeli. Ini adalah upah yang nyata bagi penyewa itu sehinggalah tidak ada pembatalan di dalam jual beli tersebut. Dan ini juga untuk menghubungkan barang yang disewakan dengan penyewa, serta tidak ada halangan untuk penyewa mendapatkan haknya itu.
3- Gambaran/bentuknya : untuk sewa beli yang berakhir dengan pemilikan ada beberapa gambaran iaitu :
Gambaran/bentuk yang pertama ialah : apabila terdapatnya dua orang yang berakad didalam sesuatu perniagaan yang mana salah satunya(penyewa) berakhir selama tempoh 10 tahun, dan penyewa membayar setiap tahun sebanyak seribu dinar, dan penyewa bersetuju untuk membayar sewa tepat pada masanya, rumah tersebut akan menjadi miliknya pada akhir tempoh seperti yang dijanjikan.
No comments:
Post a Comment