Saturday, 11 February 2012

m/s 77

Pembatalan  Mudharabah: Para ulama bersetuju bahawa berakhirnya mudharabah adalah seperti  yang berikut:

1. Dengan pembatalan dari salah satu pihak, akan tetapi salah satu daripada pihak-pihak hendaklah bersungguh untuk menamatkan kontrak sekiranya penamatan menyebabkan berlaku kerosakan kepada syarikat.


2. Dengan kematian salah seorang yang berkontrak atau gila atau di sekat atas sesuatu sekatan yang menghalangnya daripada jualan dan belian.

3. Waktu urusan mudharabah telah berlalu dari tempoh yang di tetapkan/tamat


4. Berakhirnya mudharabah menurut mazhab hanafi ialahdengan murtadnya pemodal dan dia telah berhubung dengan negara perang,kerana orang yang murtad dan pergi ke negara yang sedang berperang disisi pandangan mereka adalah seperti mati. Berbeza dengan murtad pengusaha dan dia pergi ke negara yg sedang berperang tidak terbatal Mudharabah.


Transaksi KeempatAl Bai BithamanAjil yang bermaksud "jualan bayarantertangguh" dan daripadanya ialah (jualan ansuran).
1. Takrif : jualan menukar harta dengan harta untuk memiliki pemilikin


Tangguh bermakna satu jangka masa tertentu untuk melangsaikan / melunaskan hutang dan sebagainya.

Ansuran pula ialah jadikan hutang dibahagi-bahagikan kepada bahagian2 yang diketahui dan mempunyai waktu yang tertentu.
Jualan ansuran dibayar secara peringkat-peringkat dengan harga yang telah ditentukan dalam tempoh waktunyadan di bayar secara ansuran. 


2. Hakikat  jualan secara ansuran: jualan ansuran adalah jualan secara bertangguh , kecuali tempoh pembayaran adalah padanya pelbagai, dan harga dibahagikan mengikut bahagiannya.setiap bahagian ada tempoh yang di tetapkan.


3. Manfaat : Jualan secara ansuran memberi manfaat kepada penjual dan pembeli.
Dan adapun manfaat kepada penjual ialah , penjual kenakanbayaranlebihkepadabarang yang yangdijualmelebihiharga yang dibeli.

Disediakan oleh : 
Nur Khalida Kamaruzzaman

No comments:

Post a Comment