Saturday, 11 February 2012

m/s 79

Seperti  seorang  penjual  berkata, “Saya jual  barang  saya ini secara tunai RM 100 dan ansuran RM 120”.Selanjutnya pembeli berkata, “Saya beli.”Mereka berdua berpisah  dimana belum disepakati harga mana yang dipilih dalam dua alternative jualbeli tersebut, apakah jualbeli secara tunai atau kredit?
Pada gambaran ini, kebanyakan para uama tidak membenarkannya, kerana jualbeli ini merupakan jualbeli fasad kerana  kejahilan dari segi harga.
d- seorang lelaki menjual barang kepada lelaki lain, beliau berkata : harganya kira RM 100, dan harga secara ansuran RM 120, Maka pembeli memilih harga belian secara ansuran yang meningkatnya harga dari harga asal kerana keadaan, dan ia adalah kontrak. Pada gambaran ini para  ulama berbeza pendapat dalam dua pandangan.
Pandangan pertama :Haram jual beli dengan harga ansuran jika pertambahan harga dalam transaksi di atas adalah pandangan Zainal Abidin b. Ali B. Hussain dan Al Jashsashs dari mazhab Hanafi. Dan daripada ulama kontemporari pula Muhammad Nasir Al Albani dan Abdul Rahman Abd Khaliq.
Mereka memetik hadith Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan jual-beli, dalam dua jualbeli, maka hak penjual adalah  harga yang paling rendah, atau (jika tidak),maka riba”
Hadis ini tidak boleh di jadikan hujah (dalil) mereka kerana status hadis ini adalah dhaif.Pengarang kitab hadis“ Tuhfaz Al Ahwazy” mengatakan : Lafaz hadis ini diriwayatkan oleh Muhammad b. Umar sendirian. Sesungguhnya hadis ini diriwayatkan oleh banyak sahabat dari berbagai jalan, namun tidak seorang pun yang menyebutkan lafaz hadis seperti ini.Jelasnya, riwayat hadis  dengan bunyi lafaz seperti ini tidak patut menjadi hujah (dalil syariah) dan Allah lebih  tahu.

No comments:

Post a Comment