**************************************
Setelah kita mengetahui bentuk carta di atas, di sini terdapat penjelasan berdasarkan hukum syari’ antaranya adalah seperti :
Bentuk Pertama : seseorang pembeli yang ingin membeli barang daripada seseorang yang lain, dia boleh memilih sama ada dia hendak membeli atau tidak sekiranya mendatangkan keuntungan, ataupun dia tidak mahu membeli, pihak penjual boleh sama ada hendak menjual atau tidak dan pembeli juga boleh hendak membeli atau tidak.
Jika keadaan ini dibolehkan, maka tidak ada larangan padanya.
Bentuk kedua : Apabila seseorang menyuruh pihak seorang lain untuk membeli sesuatu barang dagangan dan menjual barang tersebut serta mendapat keuntungan daripadanya sebelum menjual pada awalnya. Dalam bentuk ini tidak diharuskan. Menjual dengan cara demikian adalah tidak sah dan terbatal kerana menjual sesuatu bukan miliknya. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : “Janganlah kamu menjual sesuatu yang bukan milik kamu.”
No comments:
Post a Comment