Thursday, 23 February 2012

m/s 83

Kita perhatikan bahawa perbezaan antara gambaran ini dan yang sebelumnya  iaitu wujud syarat dalam gambaran yang pertama, dan tidak wujud syarat dalam gambaran kedua.

Para ulama berbeza pendapat mengenai keharusan pada gambaran kedua yang tiada syarat ke atasnya.
- menurut  mazhab Shafiiyah adalah dibenarkan untuk jual beli barang antara 2 pihak,dengan maksud di dalam gambaran kedua.


Mereka berhujah bagi perkara-perkara yang berikut :
= Bahawa Abdullah ibn Umar pernah berkata harus dalam jual beli ini.

= Dan pembeli mampu atau boleh menjual barang yang dibelinya untuk harga yang lebih rendah kepada pemilik asalnya atau orang lain dengan harga sama atau lebih atau kurang daripada harga asalnya maka adalah harus dia menjual kepada pemilik asal atau orang lain.
= Majoriti ulama berpendapat bahawa haram dalam jual beli ‘inah ini, sebahagian daripada para sahabat :
Abdullah bin Abbas,  Aisyah, dan sebahagian tabiin : Ibn Sirin ,Asyu’bi,  Nakha’i, Rabia’ Bin Abd Rahman , Sebahagian Imam-Imam : Athauri,  Ouzai’e, Dan Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Dan Imam Ishak Bin Raahawayh, Imam Ahmad Bin Hanbal, dan lain-lain .

Mereka menggunakan dalil dalam larangan jual beli ‘inah, seperti yang berikut...
            Sabda Rasulullah S.A.W : apabila kamu berjual beli secara ‘inah dan kamu mula lebih reda dengan peniagaanya dan cucuk tanaman sehingga meniggalkan jihad, lalu Allah akan menimpakan ke atasmu kehinaan, dan tidak akan mencabut daripadanya sehinggalah kamu kembali krpada (mengutamakan hukum) agamamu (berbanding helah riba dan kehinaan kepada harta.) – riwayat Abu Daud


Disediakan oleh : 
SITI NUR HASANAH BINTI JOHARI
09BIO1186

No comments:

Post a Comment