Thursday, 23 February 2012

m/s 84

Dari A’liyah binti Aifa’ bin syurhubail – isteri kepada Abi Ishak assabi’e – telah berkata (( aku dan ibu kepada Zaid bin Arqam bersama hamba perempuannya telah masuk ke rumah Aisyah untuk berjumpa Aisyah, maka ibu kepada  Zaid bin Arqam telah berkata : sesungguhnya aku telah menjual hamba kepada Zaid bin Arqam dengan harga 800 dirham sampai tempoh pemberian, kemudian dia beli semula dengan harga 600 dirham, maka Aisyah telah berkata : alangkah buruknya apa yang telah kamu beli – iaitu maksudnya : jual – dan alangkah buruknya apa yang kamu beli, kemudian aku telah menyampaikan berita ini kepada Zaid bin Arqam sesungguhnya Allah telah membatalkan jihadnya bersama Rasulullah sallahualaihiwassalam melainkan dia bertaubat. Kenyataan ini bukanlah ijtihad dari Aisyah, kerana kita tidak boleh qias apa yang diputuskan oleh Aisyah. Sebab ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad, dan kata-kata ibu kepada Zaid Bin Arqam ini membawa maksud apa yang didengarnya dari Rasulullah. 

Sesungguhnya bai’ul I’nah adalah jalan yang menuju kepada riba’ bersama dengan unsur-unsurnya. Dengan sebab itu hukumnya adalah haram. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : (( barangsiapa yang melalui proses ini (dilarang ), bimbang terjerumus kedalamnya.

3) Bai’ul tawarruk 

(1)    Takrifnya : tawarruk lebih kurang sama dengan jualbeli innah, tawarru ialah helah hutang (tukar dari konsep hutang kepada konsep jualbeli). Jualbeli barang bagi orang yang nak berhutang secara ansuran dengan harga yang lebih tinggi. Pembeli menjualnya ke pasar/kedai lain secara tunai untuk dapatkan duit atau harta.
Sebahagian mengatakan, bai’ al-innah adalah tawarruk, hakikatnya adalah dua jualbeli yang berbeza...
Disediakan oleh :
NOORMAZIDAH HUSAIN  

No comments:

Post a Comment