Dan berkata Mazhab Maliki: Jual beli itu sah, kemudian penjual itu menurunkan harga pada kenaikan harga yang ditipunya.Maka mengikut pada kemestian , jualbeli terhadap pembeli tidak akan kembali pada haknya, dan pembeli tersebut mempunyai pilihan sama ada mahu meneruskan urusan itu atau membatalkannya.
Dan berkata pula Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali: Jualbeli itu sah, dan penjual tersebut wajib menurunkan harga barangan yang ditipunya, dan tiada pilihan ke atas pembeli.
Kenaikan dan penurunan harga: Pandangan Mazhab Hanafi mengatakan: Sekiranya menaikan harga terhadap si pembeli, atau menurunkan harga oleh si penjual daripada hak akad yang asal, maka oleh itu sekiranya si pembeli mahu menjual barangan yang telah dibelinya untuk mendapatkan keuntungan, maka dia perlu memberitahu sama ada dia mahu menaik atau menurunkan harga, dan menurut pandangan Mazhab Hanbali pula mengatakan: Penurunan atau kenaikan harga selepas akad mengikut pada kebiasaan tidak menunjukkan akad yang asal kerana diturunkan harga pemberian daripada si penjual kepada si pembeli, dan ditambahkan harga pemberian daripada si pembeli kepada si penjual.
Ansuran harga: Sekiranya pembelian barangan dengan harga yang ditangguh-tangguhkan kemudian dia mahu menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, mengikut pandangan Jumhur Ulamak, mereka berkata: Dia perlu menberi penjelasan bahawa barangan itu dibeli dengan harga yang masih bertangguh, kerana barangan masih lagi dalam tangguhan harga dengan kenaikannya tidak mengikut harga semasa. Jika tidak dinyatakan seperti sedemikian, maka pembeli tersebut mempunyai pilihan sama ada membatalkan jualbeli atau meneruskannya dengan mengikut harga semasa.
Dan adapun perbelanjaan lain yang dibelanjakan ke atas barangan tersebut, maka sekiranya seseorang itu mahu menjual barangannya mengikut sistem Murabahah iaitu dengan bersandarkan penambahan pada harga pembelian kesemua perbelanjaan yang dibelanjakan ke atas barangan itu dan menunjukkan kepada manusia supaya tahu mengenai cara perbelanjaannya seperti contoh memperbaiki kerosakan barangan yang lama, mengecatnya dan sebagainya, maka dia tidak perlu membaikinya sekiranya terdapat kerosakan padanya.
NURUL HUDA BT ABDUL GHANI
09BI01106
No comments:
Post a Comment