Saturday, 11 February 2012

m/s 78

Adapun manfaatnya untuk  pembeli ialah memperoleh  barangan yang dihajati dan  mengambil faedah darinya meskipun dia tidak mampu menjelaskan bayaran pada masa itu.Sekiranya dia dibebani untuk menjelaskan bayaran pada masa itu sudah tentu dia tidak dapat membelinya  sepanjang  hidupnya.
Tetapi  pembeli perlu bijak  menilai, janganlah membeli barang yang dia tidak mampu menjelaskan bayarannya pada  masa depan. Kita dapati ramai yang membebankan diri mereka dgn membeli barangan secara ansuran sehingga menyebabkan mereka tenggelam dalam hutang sekaligus mengubah kehidupan mereka kepada kecelakaan.
4. Pensyariatannya:
Sesungguhnya pemerhati jualan tertangguh atau ansuran berpendapat bahawa sesuatu barang jika hargannya tunai adalah lebih murah berbanding harga secara tertangguh atau ansuran.Dengan itu tidak syak lagi bahawa peniaga menetapkan - pada bayaran  ansuran- sebahagian dari harga barang sebagai tempoh menunggu nilai barang dipenuhi.Iaitu muqabil/balasan penangguhan.Oleh itu sempurnalah muqabalah/pertukaran tempoh dgn harta. Dan syara' telah mengharamkan riba nasiah  kerana  penangguhan di muqabilkan dgn harta.Adakah jualan  ansuran  hukumnya haram seperti riba kerana keduanya mempunyai persamaan pada menggantikan penangguhan dgn harta?
Sesungguhnya muqabalah  penangguhan  dengan  harta   ada beberapa  keadaan, antaranya :
1.memberi  pinjam  kepada seseorang 100 dinar dan  dia mendapatkannya kembali pada tahun berikutnya dengan 120 dinar.Ini  adalah  tergolong dalam riba  jahiliah yang diharamkan Allah.
2. Seseorang  menanggung hutang 100 dinar ,apabila  tiba  tempoh bayaran sipenghutang berada dalam kesusahan (tidak mampu bayar) , lalu sipemberi hutang menangguhkannya setahun lagi dengan syarat dia membayarnya  dengan 120 dinar. Ini  juga termasuk dalam  riba jahiliah yang diharamkan Allah dalam AlQuran dimana sipemberi hutang apabila tiba tempoh pembayaran hutang dia membuat pilihan  kepada penghutang bayar hutang  atau  kena bunga.
3. Ijab/tawaran yang  dilafazkan  mengandungi  dua sifat, pertama tunai dan  kedua ansuran, seperti contoh seorang  penjual  berkata : “saya  menjual  barang  saya  secara  tunai  dengan  harga 100 dan secara  ansuran  dengan harga 120” dan pembeli  berkata : “ saya  beli “, dan mereka berdua berpisah tanpa belum disepakati harga mana yang dipilih  dalam  alternatif  jualbeli  tersebut, iaitu  samaada  secara tunai atau  ansuran.

Disediakan oleh :
Hajar Awanis Anuar

No comments:

Post a Comment