Saturday, 11 February 2012

m/s 81


Dan telah berdalil para sahabat tentang pandangan ini , melalui  ayat dari surah  Al Baqarah : 275
DAN ALLAH SWT MENGHALALKAN JUAL BELI DAN MENGHARAMKAN RIBA’
Dan dari ayat tadi , iaitu  gambaran keseluruhan dr ayat surah Al Baqarah , menunjukkan bahawa HALAL nya jual beli ini  sehinggalah ada larangan jual beli ini berlangsung  serta tidak ada sebarang larangan atau tegahan untuk berlakunya jual beli secara tempoh masa tau secara ansuran .
Sepertimana yang telah ALLAH swt nyatkan dalam firmannnya surah An Nisa:29
WAHAI ORG2 BERIMAN JANGANLAH KAMU SALING MAKAN MEMAKAN HARTA DI ANTARA KAMU DENGAN BATIL , ( JALAN YG TDAK BENAR) KECUALI DALAM PERDAGANGAN YANG BERLAKU ATAS DASAR SUKA SAMA SUKA ( KERELAAN)”
Dan maka telah  dihalalkan secara keseluruhan jenis2 dan bahgian perniagaan . Manakala jual beli dengan tempoh masa  serta secara ansuran juga termasuk dalam pembahagian ,atu jenis perniagaan yang di halalkan.

Sepertimana yang telah di riwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al’as  bahawa, Rasulullah saw telah menngarahkan untuk  golongan2 tentera / askar ini dilengkapi dengan  unta-unta   . Maka dengan itu, kata Abdullah bin Amru  “ aku mempersiapkan unta- unta yg telah di arahkan oleh Rasulullah saw  akan tetapi unta-unta itu telah kehabisan  atau hilang .Maka  aku menggantikan keuntungan atau amal / sedekah itu  dengan tukarkan unta2 yg disedekahkan dikemnbalikan kepada baitulmal dengan sempurnanya

Dan sesungguh nya dalam aqad mauamalat ini hukumnya harus sehinggalah ada dalil yang mengharamkannya .
Kesimpulannya, jual beli dengan ansuran ini adalah untuk memudahkan manusia walaupun dengan kenaikan harga .Hal ini kerana  manusia tidak punya kemampuan dalam  mencari harga yang serendah2 nya  dalam setiap jual beli mereka  yang menjadi keperluan mereka.

Disediakan oleh : 
Munafairuz Najihah Mohd Dzafer

No comments:

Post a Comment