Seseorang memerlukan wang tunai dan dia pergi kepada seorang peniaga, dan dia membeli barang daripada peniaga tersebut dengan bayaran secara ansuran. Kemudian dia telah menjual pula barang tersebut di pasar kepada orang lain dengan harga yang lebih rendah dari harga asal barang tersebut, untuk mendapatkan wang yang diperlukan dengan segera.
Kami melihat disini pembeli itu telah memberi barang tersebut tanpa berniat untuk menggunakannya dan mengambil manfaat darinya, tetapi dengan niat untuk menjualnya, walaupun dengan sedikit kerugian, tetapi untuk dia mendapatkan wang tunai yang dihajatinya dalam kadar segera.
Kami juga melihat berbeza dari jual beli i’nah, kalau jual beli Al- i’nah penjualannya kembali kepada penjual, tapi kalau At-Tawarruq, penjualannya kepada pihak yang ketiga selain pihak penjual pertama sebentar tadi.
Sebab dinamakan At- Tawarruq : dinamakan sebagai at-Tawarruq kerana pembeli membeli barang yang tidak berguna kepadanya atau bermanfaat kepadanya, tetapi dia perlu hasil dari barang tersebut dalam bentuk tunai, iaitu dirham atau perak.
Hukumnya : berselisihan ulama’ berkaitan dengan hukum menggunakan kaedah Tawarruq ini.
Sebahagian dari mereka menyatakan ianya makruh.( tidak menyukainya) diantaranya ialah golongan mazhab hambali, dan ibn Taimiyah.
Mereka menyatakan, sekiranya pembeli tersebut menambah nilai jualan harga barang tersebut, seperti dia menjual dirham dengan dirham yang lebih dari itu, dikhuatiri ianya dicampuri unsur- unsur riba’.
Walaubagaimanapun, jumhur ulama’ menyatakan hukumnya harus kerana pembeli membeli barang tersebut dan dibayar secara ansuran, dan ditambah harga asal barang tersebut, dan ianya adalah dibenarkan, kemudian barang tersebut menjadi miliknya, dijual pula kepada orang lain yang tiada kaitan dengan penjual pertama dengan harga semasa, maka ianya jauh dari riba.
Disediakan oleh :
Nurul Hanisah
No comments:
Post a Comment