Saturday, 11 February 2012

m/s 80

Dan dibuktikan juga  dengan Hadis Abdullah Bin Mas’ud katanya : ( Rasulullah s.a.w melarang dua transaksi jualbeli dalam satu  transaksi ), kata Ibnu Mas’ud : tidak ada baiknya dua jenis jualan dalam satu jualan, katanya : dengan menangguh dengannya, dan dengan  wang (tunai)  dengannya.
            Dan tidak ada baiknya untuk berhujah dengan hadis ini juga, kemungkinan  gambaran yang dikemukakan Ibnu Mas’ud adalah gambaran bahawa berlaku ketidaksepakatan antara kedua-dua orang yang membuat persetujuan  jualbeli keatas  harga yang diketahui dari salah satu dua harga yang dikemukakan  oleh  penjual.
            Dan diqiyaskan  dalil ini juga  dengan  riba, kerana pada setiap daripadanya ada penambahan  pada  harga  sebagai  ganti  kepada yang tertangguh.
            Dan dibincangkan pendalilan  ini, dikatakan  qiyas ini tidak kena  pada tempatnya, maka riba  adalah  pada hutang, sedangkan jualbeli secara bertangguh atau ansuran adalah pada transaksi jualbeli, dan transaksi jualbeli adalah  akad yang memberi  keuntungan, - iaitu : dimaksudkan  dengannya  keuntungan – manakala  hutang  adalah akad  ihsan(belas  kasihan), jawab  kepada hutang  itu adalah pertolongan  kepada yang memerlukan  dan  ihsan  kepadanya, dan  mengambil lebihan  pada  hutang sebagai ganti  kepada yang tertangguh  adalah  bertentangan  dengan  apa yang dituntut  dalam  akad, dan  disebabkannya haram riba, dan tidak  boleh  diqiyaskan  akad yang memberi  keuntungan  dengan  akad  ihsan.
            Pandangan  kedua :harus jualbeli  dengan  harga yang tertangguh  atau  ansuran walaupun penjual membuat penambahan pada harga  sebagai  ganti  kepada yang tertangguh, dan ini kata jumhur  ulama’ daripada Imam-imam yang empat, dan  juga kata-kata jamaah  dari salaf, darinya Abdullah Bin Abbas, Said Bin Musayyyab, Towus Bin Kisan, Al-Auza`ie, ‘Ataa’, Qatadah, Al-Zuhri, Al-Thauri, Al-Nakha`ie, Hakim Bin Utaybah, Hamad Bin Abi Sulaiman, dan  sebagainya. 

Disediakan oleh :
Nurul `IffahBinti Hassan

No comments:

Post a Comment