Friday, 24 February 2012

m/s 99

(*tajuk : boleh atau tidak mempercepatkan bayaran  hutang ?)
Diriwayatkan oleh Miqdad Bin Aswad berkata : “ Beliau menjual barangan secara salaf kepada seorang lelaki sebanyak 100 Dinar kemudian tiba gilirannya keluar dalam satu angkatan kecil yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. Maka dia berkata kepada lelaki itu. Bayarlah segera sebanyak 90 dinar sahaja dan aku potong daripada kamu sebanyak 10 Dinar. Jawab lelaki itu : Ya. Miqdad menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w : Baginda bersabda : Kamu telah memakan riba wahai Miqdad dan kamu telah memberi makan riba kepadanya wahai Miqdad”.

= Penjual telah menjual tempoh bayaran dengan harta yang dipotongnya daripada orang yang berhutang. Tindakan seumpama ini, sama seperti riba dari segi timbal balas tempoh dengan harta.

Ibn ‘Abbas, Ibrahim al-Nakha‘i dan satu riwayat daripada Imam Ahmad, menghukumkan harus menyegerakan pembayaran ansuran sebagai imbalan dari potongan sebahagian hutang. Riwayat ini dipilih oleh Imam Ahmad dan disokong oleh Ibn Taymiyyah dan muridnya Ibn Qayyim.

Inilah juga pandangan yang dipegang dan difatwakan oleh Akademi Fiqh Islam. Antara resolusi yang dikeluarkannya ialah :
 (( Memotong hutang yang bertempoh supaya disegerakan pembayaran hutang tersebut, samada kerana permintaan daripada orang yang memberi hutang atau pihak yang berhutang (potong dan segerakan bayaran) tidak termasuk ke dalam erti kata riba yang diharamkan, jika tidak dibuat persetujuan terlebih dahulu, untuk mengadakan potongan tersebut dan selagi mana hubungan di antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang dalam bentuk hubungan dua hala. Apabila melibatkan campurtangan pihak ketiga, hukumnya tidak harus, kerana pada masa itu, ia menduduki hukum potongan mata wang perdagangan.))

Golongan ini berdalilkan perkara berikut :

= Ibn ‘Abbas meriwayatkan, ketika Nabi s.a.w diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya menghalau Yahudi Bani al-Nadir keluar dari kota Madinah, satu golongan manusia datang menemui baginda, lalu menyatakan : “Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya tuan telah memerintahkan mereka dihalau, sedangkan orang ramai masih menanggung hutang
yang belum berbayar. Rasulullah s.a.w. bersabda :
Potonglah dan segerakanlah pembayaran hutang itu.” *malaysia : rebat hutang

Disediakan oleh :
NOR AIN SHAKINA BINTI ABD TALIB 
(10BI01081)

No comments:

Post a Comment