Gambaran keempat : seseorang yang memajakkan apa yang dimiliki dalam satu tempoh tertentu sebagai yuran dan pemberi pajak menyewa dan menjual sesuatu kepada orang yang telah diberi pajakan dengan harga sebenar dan hasil keseluruhanya sehingga akhir tempoh pajakan
Ganbaran ini tiada kaitan dengan dengan jual beli secara ansuran, penulis berpendapat bahawa pemberi pajakan mestilah memenuhi janji hingga habis tempoh yang telah di tetapkan, sebagaimana apabila kita membuat suatu pembelian mestilah mendapat keuntungan padanya.
MURABAHAH
i- Dari segi takrif : murabahah ialah kadar jual beli yang melibatkan kos kepada peningkatan keuntungan yang telah diketahui.
ii- Keperluan kepada perkara ini : ini kerana manusia berbeza didalam hal ini mengikut pengetahuan dan pengalaman masing-masing maka memerlukan bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman maka dari gambaran ini seseorang itu membeli sesuatu yang boleh mendapatkan keuntungan mengikut nasihat orang yang lebih berpengalaman.
iii- Daripada jualan urusniaga ada tiga bahagian iaitu : pertama jualan secara rasmi jual beli sesuatu dengan harga yang telah ditetapkan kedua secara mengikut keadaan iaitu jual beli sesuatu dengan kos paling rendah. Ketiga jual beli secara mendapat keuntungan daripada harga yang ditawarkan.
Rukun-rukun murabahah sama dengan rukun jual beli, iaitu lafaz, dua orang yang berakad barang dan harga.
Adapun lafaz: jual beli yang diadakan bersertakan lafaz-lafaz sama ada diberitahu oleh dua orang yang berakad atau melalui tulisan , sebagaimana diadakan dengan isyarat yang difahami tanpa sebarang interaksi
Iaitu menjual sesuatu barangan yang dibeli dan menghabiskan perbelanjaannya keatas nilai barang tersebut dengan sejumlah wang maka ianya adalah jualan secara murabahah .
NOR WAHIDAH BT MOHD RAZALI
No comments:
Post a Comment