Thursday, 23 February 2012

m/s 88

(harga simbolik) Jika dikatakan: sesungguhnya pemilikan sesuatu jika mendapat pulangan yang sedikit adalah diketahui di dalam sektor kebajikan tetapi tidak diketahui dalam perniagaan kerana objektif perniagaan ialah mengaut keuntungan.
            Saya berkata: dalam keadaan kita ini, jangan lupa bahawa pemilik- pemberi sewa telah dibayar sewaan secara ansuran yang tinggi, kadang-kadang termasuk dalam penipuan dan keburukan, untuk membentuk bersama harga yang ditentukan yang diambil oleh penyewa pada akhir tempoh sewaan harga sesuatu yang disewa kerana niat kedua-dua pihak terikat dari awal kontrak jual beli, dan bukannya sewaan.
            Gambaran ketiga: seseorang menyewakan apa yang dimilikinya dalam tempoh tertentu dengan harga yang sedia maklum, dan kedua-dua pihak bersetuju ke atas barang yang disewa jika penyewa membayar hutang/bayaran sewaan sehingga tamat tempoh sewaan maka penyewa menjadi pemilik dengan harga sebenar yang dijual di pasaran.
            Bentuk ini tiada kaitan dengan jual beli secara ansuran, tetapi ia menerangkan bahawa jika kedua-dua pihak bersetuju dengan sesuatu harga bagi sesuatu yang disewa, akad jadi sah, dan jika mereka tidak bersetuju dengan harga yang ditentukan, sebagaimana yang dinyatakankan dalam akad bahawa penyewa akan menjadi pembeli dengan harga yang dijual di pasaran pada tempoh akhir sewaan, akad menjadi rosak kerana tidak diketahui harganya, kerana tidak ada seorang pun yang tahu berapa harganya akan datang.
            Baki yang perlu kita bincangkan ialah mengenai kontrak jual beli yang mana penyewa telah membayar semua sewaan dalam perjanjian/tempohnya, umpamanya  pemberi sewa berkata kepada penyewa: jika awak membayar sewa secara ansuran dalam tempohnya maka akad dibolehkan, jika dia tidak membayarnya dalam tempohnya, maka akad terbatal, itu adalah syarat yang mengharuskan kontrak ini.
            
Disediakan oleh :
Nor Adilah Bt Zulkifeli 
(09BI01133) 

No comments:

Post a Comment