Kerajaan mengambil mudah di dalam pengeluaran wang kertas, sehingga berlaku sesuatu yang mendorong kepada pengeluaran wang kertas tanpa memikirkan keadaan semasa. Duit itu menjadi matawang tempatan yang bernilai, dan kerajaan telah mewajibkan penggunaannya kepada rakyat jelata, sehinggakan pengeluaran wang kertas itu melebihi batasan pengeluaran kerajaan yg menjadikannya ia kurang bernilai / hilang harga.
Wang kertas itu asalnya bukan seperti emas dan perak, sebaliknya ia merupakan hipotesis pembeli kuasa, yaitu seperti emas dan perak jugak. Maka sah bagi kita untuk memanggilnya matawang yang bernilai, kerana yg demikian itu seperti emas dan perak di dalam hukum-hakamnya, kerana ia menjalankan tugas matawang, melaksanakan tanggungjawab matawang di dalam setiap sesuatu. Mengenai ini Akademi Feqh Al-Islami telah mengeluarkan pendapat :
Antara pendapat paling sohih di sisi Fuqaha Syariah : Sesungguhnya matawang pada asalnya adalah terbina atas emas dan perak, elah emas dan perak itu sebagai barangan ribawi adalah kerana nilai mereka yang tinggi.
Dan sesungguhnya nilai itu tidak berkurangan atau jatuh, kerana mereka adalah merupakan logamnya yang asal, yaitu logam duit.
Wang kertas telah menjadi sesuatu yang berharga, dan dia telah menggantikan tempat emas dan perak di dalam pengurusan, dan dengan duitlah kita menjalankan setiap sesuatu di zaman ini, ini adalah kerana hilangnya emas dan perak,
Sesungguhnya nilai itu bukanlah dari zat nya sendri, sebaliknya ia dari faktor luaran, yaitu hasil kepercayaan dengannya, ia adalah seperti medium perantaraan di dalam perdagangan dan pertukaran, inilah rahsia di sebalik nilai wang kertas.
Mohamad Yazid Bin Haji Abdul Ranni
No comments:
Post a Comment