Monday, 23 January 2012

m/s 70

Khusus bagi pendapat aku, wajib zakat keatas bon, bahawasanya bon dizakatkan pada setiap tahun ketika cukup tempoh atau haulnya, sama adanya bon tersebut ada padanya ataupun tidak, ini kerana bahawasanya bon tersebut merupakan hutang yang diberikan oleh orang yang kaya. Adapun keadaan orang yang memberi hutang ataupun orang yang memiliki bon tersebut: Dia mempunyai hak untukmenjual bon tersebut pada bila-bila masa yang diinginkan.
Maka adapun wajib zakatnya pada setiap tahun: ia diumpamakan seperti harta yang boleh diniagakan, dan boleh mendatangkan hasil, dan hasil bon tersebut adalah haram(kerana ia adalah hutang yang diniagakan) yang mana ia tidak tertegah zakat baginya padasetiap tahun ketika tempoh atau haulnya berlalu setahun, maka pemilik bon tersebut diumpamakan sebagai peniaga yang menipu (kerana ia menjual barang yang tidak wujud semasa penjualannya), dan barangsiapa yang menipu dalam jualannya wajib zakat keatasnya pada tiap-tiap tahun, berserta melihat pada pengharaman penipuan tersebut dan pengharaman pada harta hasil daripada penipuan adalah haram.(Contohya: Ali menjual gula yang mana timbangannya kurang ,perbuatannya adalah haram dan keuntungan itu juga adalah haram tetapi jual beli tersebut sah, maka keuntungan tersebut perlu dizakatkan).
3. Syarikat yang berakhir dengan pemilikan: ada tiga jenis:
a.       Syarikat yang dimiliki secara berperingkat dalam pemilikannya:
Ia adalah perkongsian antara 2 pihak atau lebih pada modal syarikat tersebut, ia disyaratkan bahawa salah satu pihak membeli bahagian atau syer modal syarikat tersebut daripada salah satu pihak yang memiliki syer atau bahagian tersebut dengan pembelian secara ansuran, maka sipembeli tersebut mendapat keuntungan daripada syer yang dibelinya mengikut nisbah syer yang dibelinya dan penjual tersebut tidak lagi mendapat keuntungan daripada syer yang dijualnya mengikut nisbah syer yang dijualnya, pembeli tersebut akan membeli syer atau bahagian modal syarikat tersebut secara berperingkat sehingga kesemua syer atau bahagian modal syarikat tersebut menjadi miliknya, selepas itu syarikat tersebut menjadi miliknya.

b.      Syarikat yang dimiliki secara keseluruhan atau sekaligus dalam pemilikannya:
Ia adalah perkongsian antara 2 pihak atau lebih pada modal syarikat tersebut, pemilikan ini disyaratkan dengan syarat salah seorang akan memiliki bahagian atau syer pihak yang lain selepas dia membayar kesemua syer atau bahagian modal syarikat tersebut dengan pembayaran yang teratur atau secara berperingkat, dalam keadaan ini, sipembeli tidak akan mendapat keuntungan daripada syer atau bahagian modal yang dibelinya sehingga dia melunaskan kesemua pembayaran terhadap syer  modal syarikat tersebut, bagi penjual syer tersebut dia akan mendapat keuntungan terhadap kesemua syer yang dijualnya sehingga pembeli syer tersebut melunaskan kesemua pembayaran syer yang dibelinya, selepas pembeli tersebut melunaskan pembayaran kesemua syer modal di dalam syarikat tersebut, maka syarikat tersebut menjadi miliknya. ( Contohnya: Abu dan Bakar berkongsi modal dalam mengusahakan syarikat pembuatan perabot, Abu memiliki 50% syer daripada syarikat tersebut, beliau berhasrat ingin memiliki syarikat tersebut secarakeseluruhannyatetapitidakmempunyai modal untukmembelinyasecara keseluruhan, setelah berbincang dengan Bakar, Bakar bersetuju menjual kesemua syernya, Abu membeli kesemua syer Bakar dengan pembayaran secara ansuran, ketika dalam proses ansuran berjalan, Bakar masih lagi menerima keuntungan tersebut, setelah ansuran tersebut selesai, maka Bakar tidak lagi menerima keuntungan tersebut ....

Disediakan oleh :
Muhammad Hazuman Bin Zulkifli

No comments:

Post a Comment