Thursday, 26 January 2012

m/s 76

3 ) Hutang : Jika berakhir  mudharabah  & syarikat  ada  hutang (orang),maka  ahli-ahli Feqah telah mengeluarkan pandangan bahawa  mudharib  ialah orang yang bertanggungjawab untuk memungut harta mudharabah. Berbeza  dengan  pendapat  Hanafiah, ketika  mana sistem  mudharabah itu menguntungkanselagi mana  ia  menguntungkan , maka mereka berpendapat bahawa dalam mudharabah itu adalah untuk  mendapatkan  keuntungan, maka  sesungguhnyaمضارب   (pengusaha) itu  ialah orang yang bertanggungjawab  dalam  harta  mudharabah. Manakala, sekiranya dalam mudharabah itu tidak menguntungkan, makaمضارب tidak  bertanggungjawab untuk  mengutip  hutang, kerana hutang tersebut adalah  harta  mutlak  pemilik  harta  itu, maka, tidakdipertanggungjawabkan  dengan mengutip hartanya untuknya.Dalam  keadaan ini, pemilik harta itu memberi wakil untuk mengutip hutang sehingga dia tidak menyukarkan  padanya (wakilitu) salah  seorang  daripada  dua orang yang berhutang.
4) Pelanggaran  oleh mudharib – Sekiranya  mudharib,menjadi  jaminan  bagi  harta  mudharabah. Maka, sekiranya keuntungan  dalam  pelanggaran  hak ini, maka, Imam Hambali dan Imam Shafie telah berpendapat bahawa keuntungannya adalah milik  tuan  empunya harta itu, kerana  dia yang mengembangkan hartanya. Pada  pandangan  mazhab  Maliki bahawa keuntungan ini diagihkan antara mudharib dan pemilik harta mengikut syarat keduanya kerana keuntungan tadi dipersetujui .Pelanggaran hak tidak melibatkan kerugian harta maka harta itu kekal seperti asal. Pada pandangan / pendapat mazhab Hanafi, bahawa keuntungan ini tidak  dikira  kepada  pemilik  harta kerana  harta itu tiada dalam  jaminannya ketika  menghasilkan  keuntungan. Dan ia merupakan  urusniaga, akan tetapi bukan  untuk urusniaga (pemilik harta) yang menguasai hartanya kerana  ia adalah hasil daripada tingkah laku yang salah / tidak menepati syarak. Ianya adalah suatu pelanggaran hak ,dan apa yang dibina keatas kerosakan maka ianya adalah rosak / salah, bahkan membelanjakannya untuk kepentingan orang-orang Islam.
Dan sesungguhnya  terdapat perselisihan pendapat ulama’ yang mana terdapat urusniaga dalam keadaan pelanggaran hak.Maka, pada pandangan Maliki, ianya adalah apa yang terjadi pada keadaan  mudaharabah yang sehat @ baik. Dan telah berkata Hanafiah, tidak akan sesuatu  itu olehnya, dan Hanabilah dan Shafie berkata, ianya contoh  balasan yang baik. 

Disediakan oleh :
Sharifah Jamilah Auji Syed Alwi al-Sagoff

No comments:

Post a Comment