- sistem mudharabah yang berakhir dengan hak milik
Perkongsian dimana salah seorang mengeluarkan modal dan seorang lagi mengusahakannya, dan bagi tiap-tiap Pihak perkadaran keuntungan yang tertentu, maka keduanya bersetuju bagi setiap keuntungan dalam setiap bulan, contohnya, apabila bank -mengeluarkan modal - jumlah tertentu dilaburkan oleh bank, dan pengusaha akan menyimpan jumlah yang tertentu bank akan mengambil faedah untuknya, dan apabila telah sampai nilai yang telah ditetapkan oleh bank didalam perjanjian tersebut maka selesailah perjanjian antara kedua pihak tersebut. Maka segala perusahaan yang dijalankan adalah menjadi hak milik pengusaha bukan lagi hak perkongsian. Seperti syarikat yang berakhir dengan pemilikan, sekali gus dengan syarat pembayaran secara ansuran dibank dengan nilai tertentu dan syarat perpindahan hak milik ketika sampai kadar yang perlu dibayar oleh pengusaha yang bersesuaian dengan perjanjian yang ditetapkan, syarak tidak mengharamkan, kerana syaratnya sah.
Dr. Sami hamud berpandang: : proses ini tidak ada di dalam reality melainkan pengembangan/ pelaburan yang berdiri di atas sesuatu yang dibolehkan oleh mazhab hambali yang menyewakan haiwan ternakan dan kapal bertujuan untuk mendapatkan hasilnya (upah),pendapat tersebut disokong oleh Dr. hasan Abdullah Al-amin.
Pada pandangan penulis mungkin muamalah ini melihat kepada syarat perjanjian,tidak perlu untuk mengeluarkan mereka dari perkongsian itu, tidakdizahirkan pada kaedah-kaedah sewaan.
4-syarikat mudharabah
Difinisi: mudharabah ialah perjanjian perkongsian dalam mendapatkan keuntungan dalam bentuk wang dimana salah seorang rakan kongsi mengeluarkan modal dan seorang lagi mengusahakannya.
Pensyariatan: perkongsian disyariatkan oleh sunah rasullulah s.a.w, sesunguhnya rasullullah s.a.w telah mengusahakan harta khadijah sebelum menikahinya. diriwayatkan dari abbas iaitu pakcik rasullullah: jika membayar @ memberi harta mudharabah disyaratkan keatas pemiliknya: dia tidak melalui laut, dan dia tidak boleh melalui wadi(lembah),,,dan dia tidak boleh membeli darinya sesuatu yang basah/cepat rosak,,sekiranya dia melakukan sedemikian maka dia dikenakan jaminan..hadith ini sampai kepad rasullulah s.a.w, maka baginda mengharuskannya, ramai dikalangan sahabat telah mengamalkannya diantara mereka ialah: saidina omar bin khatab, ali bin abi talib, othman bin affan, abdullah bin masud dan yg lainnya..dan hadith ini digunakan oleh orang-orang semenjak zaman itu sehingga sekarang..".
No comments:
Post a Comment