Sebagai menjamin bahawa bank-bank islam mengamalkan konsep jauh dari pelaburan riba, lalu ditubuhkan dalam setiap bank panel pengawasan syar’ie yang terdiri daripada para fuqaha’ yang diberi tugas mencegah tanda-tanda transaksi yang bertentangan dengan syariah islam. Apa yang merumitkan bagi panel pengawasan syariah memastikan perkara tersebut dan apa-apa perkara yang berbeza padanya oleh anggota pengawasan syar’ie akan di bawa kepada perbincangan oleh mereka yang mahir samada yang terlihat secara lansung atau tidak lansung dalam ekonomi islam, apa yang diputuskan oleh mereka akan dipraktikkan oleh bank.
Transaksi Perbankan
Pelbagai jenis bank samada yang berunsur riba atau Islamic menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersifat ekonomi dan semestinya bagi kita membincangkan tentang bank-bank yang berunsur islam bagi mendalami transaksi yang dijalankan samada ia dibenarkan oleh syarak atau tidak.
Maka bolehlah disifatkan transaksi bank-bank tersebut kepada 2 sifat utama, pertama : transaksi yang bersifat pelaburan, kedua : transaksi yang bersifat perkhidmatan. Dan kita akan membincangkannya kemudian.
Muamalat Transaksi Pelaburan
Muamalat Pertama : Simpanan Pinjaman Riba.
Adapun simpanan bersifat riba ialah seseorang yang mendepositkan sejumlah wang kepada bank untuk dilaburkan, kemudian bank memberikan faedah tahunan dengan kadar yang ditentukan sebagai contoh 4% samada bank mengalami kerugian atau keuntungan. Nisbah tersebut yang yang diberikan oleh bank kepada pendeposit merupakan riba yang dinamakan faedah.
Dan apabila kita mengetahui bahawa bank yang mengambil manfaat dari keseluruhan wang yang didepositkan samada ia bertujuan untuk pelaburan atau bagi tujuan penyimpanan.
Disediakan oleh :
Mohd Adib bin Adam
09BI0119
No comments:
Post a Comment