Dimana sesungguhnya penghasilan pada alasan terjadinya riba pada emas dan perak secara umumnya berkaitan dengan harga, dan pastinya pada mata wang kertas, untuk semuanya: maka sesungguhnya Majlis Akademi Fikh Al-Islami mengakui bahawa mata wang kertas adalah mata wang yang berdiri dengan sendirinya, bagi hukum wang tunai daripada emas dan perak, maka diwajibkan zakat pada emas dan perak, dan terjadinya riba keatas emas dan perak dengan dua jenis, iaitu lebihan dan bayaran tertangguh, sebagaimana berlakunya riba pada dua mata wang daripada emas dan perak sepenuhnya, dengan beranggapan harga pada mata wang kertas dikiaskan keatas keduanya iaitu emas dan perak, dan dengan itu duit kertas diambil penghukuman mata wang pada setiap kewajipan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kedua: wang kertas secara tunai dianggap berdiri dengan sendirinya seperti berdirinya wang tunai pada emas dan perak serta seain dari keduanya, sebagaimana yang diketahui wang kertas mempunyai pelbagai jenis, terdapat banyak dengan bermacam-macam segi pengeluaran di Negara-negara yang berbeza, maksudnya: bahawa wang kertas Saudi merupakan satu jenis, dan wang kertas Kuwait satu jenis yang lain, dan demikian setiap wang kertas merupakan jenis yang berpindah zatnya ……………………………………………………………………………………………………………………dan sebagainya.
PERCETAKAN MATA WANG(DUIT):
1- Pembentukan duit daripada emas dan perak: pada asalnya yang menjadikan pembentukan duit daripada emas dan perak adalah tanggungjawab kerajaan, tatkala padanya dimasuki orang yang membuat penipuan, telah berkata Imam Nawawi: makruh baginya selain daripada pemimipin dalam pembentukan duit dirham- dan ia daripada perak- dan dinar- dan ianya daripada emas- dan sekiranya wang yang tulus murni-adapun: mereka yang menipu- sesungguhnya ia adalah urusan pemerintah, dan sesungguhnya tidak aman pada orang yang melakukan penipuan dan yang membuat kerosakan(rasuah), dan telah berkata: sesungguhnya pembentukan duit adalah tanggungjawab pemerintah.
Disediakan oleh :
Fiqri
No comments:
Post a Comment