Bahkan ia menjadi suatu barang perniagaan, kerana urusniaga dengannya adalah terbatal meskipun ianya dari jenis duit, tetapi ianya sudah ditukar menjadi suatu barang perniagaan. Sekiranya jenis dirham tidak digunakan lagi, maka ianya tidak diperdagangkan di kalangan orang. Maka ianya mestilah ditentukan dengan sesuatu dan ia berkait dengan akad terhadap barang perniagaan itu, sehingga terbatalnya akad itu apabila berlaku kerosakan pada barang itu.
Sebagaimana penentuan itu ditentukan apabila mempunyai tujuan yang benar. Seperti seolah-olah seseorang itu menyuruh seseorang yang lain menyimpan seribu dinar dalam keadaan 100 dinar (iaitu sebanyak 10 keping dinar), dan pemegang amanah itu tidak boleh untuk menukar 100 dinar itu kepada 5 dinar (kepada jenis yang lain), walaupun pada akhirnya mempunyai jumlah nilai yang sama.
Manakala, bagi pandangan Hanafi, ia tidak menetapkan jenis wang itu, asalkan mempunyai jumlah nilai yang sama, kerana ia menganggap kepada benda itu mempunyai nilai, dan bukanlah dimaksudkan dengan dirinya sendiri. Dan benda yang bernilai itu bolehlah ditukar dengan benda yang lain.
2- Pendapat Jumhur Fuqahak dari Maliki, Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa, walaupun jenis wang itu tidak dijelaskan, tetapi nilainya perlu ditentukan, ini kerana tukaran itu merujuk kepada akad. Maka wajiblah menukar setelah ditentukan kepada tukaran yang lain. Bahkan perlu diserahkan apabila dituntut. Contohnya, seseorang membeli suatu barangan dengan menggunakan dirham dan diserahkan kepadanya, kemudian barangannya itu telah dirampas, maka terbatalnya akad. Dan tidak boleh memberi kepada penjual barang yang dirampas itu untuk mendapatkan keuntungan. Penjual tidak boleh menjual barang-barang yang dirampas itu.
Dan pandangan yang paling rojih, adalah melalui pandangan Hanafi, terutamanya pada masa kini, yang menjelaskan hakikat bahawa nilai wang itulah yang diberi keutamaan, bukanlah kepada jenis wang itu.
JUALAN PERTUKARAN WANG TUNAI.
1. Mesti perlu diingatkan (oleh penulis buku ini), bahawa duit itu bukanlah bermaksud duit (iaitu duit kertas itu sebenarnya tidak ada nilai pun, hanyalah semata-mata sekeping kertas yang menjadi bernilai apabila diberi nilainya oleh undang-undang), melainkan adalah apabila …
Disediakan oleh :
Aimi Husna
No comments:
Post a Comment