Sunday, 1 January 2012

m/s 34

  1. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, penjual hendaklah memulangkan kembali kepada pembeli, pulangkan dengan harga atau nilai yang sama. Ini adalah disebabkan jualbeli fasad yang menghilangkan harga atau membatalkan dari sudut penggunaan duit tersebut. Walaupun baki jual beli itu adalah dari jualan yang tanpa harga.
  2. Pendapat Imam Abu Yusof dari mazhab Hanafi & kebanyakan ulama’ mazhab Hanbali yang sama dengan salah satu pendapat dari mazhab Maliki bahawa orang yang berhutang hendaklah pulangkan dengan nilai yang sama dengan duit, batalnya penggunaan duit tersebut pada hari aqad kerana masa itu adalah masa yang wajib dalam memulangkan kembali hak yang masih di bawah jaminan & ini merupakan pendapat yang rajih. Ini kerana nilai duit yang didepositkan  merupakan sebahagian dari simpanan @ tempat simpanan nilai. Dan kontrak tersebut mestilah sempurna nilainya & sekiranya terdapat kerosakan pada sebahagian duit hendaklah diasingkan dari sudut penggunaannya & nilai tersebut hendaklah tidak hilang.
  3. Mereka ini berbeza dengan pendapat Imam Abu Hanifah . sebab apabila Negara membatalkan urusan @ penggunaan wang, bermaksud Negara itu membatalkan urusan kewangannya. Dan sekiranya telah terdapat kerosakan & kerosakan itu terjadi pada wang itu, sedangkan wang itu masih dimiliki pembeli dan wajib serta perlulah pulangkan dengan nilai yang sama.
  4. Pendapat Imam Muhammad bin Alhassan, Nilai wang itu dipulangkan waktu pembatalan penggunaan wang itu dan semasa berlakunya kerosakan. Kenapa? Ini kerana, masa itu merupakan masa berlakunya perpindahan nilai.
  5. Pendapat kebanyakan Imam Mazhab Syafi’e dan Maliki dan allais bin sa’ad : contohnya penggunaan duit yang dibatalkan bukan kerana keaiban. Tidak semestinya batal penggunaan wang itu disebabkan kecacatan tetapi batalnya penggunaan duit itu disebabkan diarahkan oleh pihak pemerintah. Bila berlakunya kerosakan dan apa yang rosak disebabkan bencana tidak ada jaminan dan tidak boleh dituntut ganti rugi..
Disediakan oleh :
Faliq 

No comments:

Post a Comment