Pinjaman riba’: setiap apa yang diberikan oleh bank kepada pelanggan sebagai sebuah pinjaman untuk ia gunakan harta dari pijaman tersebut untuk keperluan tertentu sebagai pelaburan. Bank menerima sesuatu keuntungan secara berlebihan dianggap sebagai riba’.
Transaksi konvensional ke-2: potongan hutang bon
1) Takrif potongan bon: diertikan sebagai contoh seseorang pemegang bon hutang memberikan kepada bank bonnya sebelum sampai tempoh matang untuk mendapatkan daripada bank pada masa itu nilai yang lebih rendah dari jumlah bon tersebut, kemudian bank menyempurnakan nilai keseluruhan bon hutang daripada pengeluar bon tersebut.
2) Sebagai gambaran: pemegang bon memberikan bonnya yang bernilai 1000 dinar sebagai contoh, yang mana bon tersebut belum sampai tempoh matangnya kepada bank untuk mendapatkan nilai yang di tetapkan setelah bank mengenepikan beberapa pengecualian berikut:
a) Faedah bagi tempoh semasa diantara tarikh-tarikh pemotongan bon dan tarikh untuk membayar hutang bon tersebut
b) Kos-kos hasil daripada bon
c) Komisyen bank tersebut
3) Realiti dan hukumnya: di sini kita dapat keluarkan beberapa pendapat atas potongan bon hutang tersebut seperti berikut:
Pendapat pertama: potongan bon ialah suatu transaksi yang dibenarkan di mana wujud pengurangan dari jumlah sebenar hutang bon, akan tetapi ia tidak melibatkan pengeluar bon, dalam bentuk ini terdapat beberapa larangan berikut:
Pendapat pertama: adalah jualan hutang tersebut bukan berlaku di antara pemegang dan pengeluar bon, sekiranya berlaku juga bolehlah ia disifatkan sebagai rebat/ potongan harga daripada pemegang bon kepada pengeluar bon sebagai belas ihsan kepadanya.
Disediakan oleh :
Zulkarnain
No comments:
Post a Comment