Gambaran pertama: Apabila seseorang ada tanggungan atas dinar, jika ditukarkan kepada dirham hendaklah pada harga semasa. Berkata Abdullah bin Umar: ( Saya berjual beli unta di baqi’, saya menjual dengan dinar dan dia mengambil dengan dirham, saya menjual dengan dirham dan dia mengambil dengan dinar, saya ambil ini daripada ini, dan saya memberi ini daripada ini, maka Rasulullah SAW datang ke rumah Hafsah, berkata Hafsah: Ya Rasulullah, saya ingin bertanya, sesungguhnya saya membeli unta di baqi’, maka saya jual dengan dinar, dan ambil dengan dirham, dan jual dengan dirham, dan ambil dengan dinar, ambil ini dari ini, dan beri ini dari ini? Maka Rasulullah SAW berkata: Boleh, tetapi dengan dua syarat iaitu, mengambilnya dengan harga semasa dan tidak bertangguh iaitu berpisah diantara kamu sesuatu).
Gambaran kedua: Penukaran hutang, iaitu jika seorang lelaki ada tanggungan hutang kepada lelaki lain beberapa dinar, dan lelaki itu ada tanggungan pula ke atas lelaki tersebut beberapa dirham lalu kedua-duanya bertukar hutang dalam tanggungan masing-masing. Ada perbezaan para ulama dalam pensyariatan pertukaran ini. Imam Shafie dan Hanbali berkata: tidak boleh kerana ia adalah jual beli hutang dengan hutang; dan pendapat Hanafi dan Maliki pula ialah boleh kerana memudahkan manusia dan hutang-hutang ini disabitkan keatas tanggungan dan tanggungan itu ada seperti benda itu wujud.
Disediakan oleh :
Izzati Azzaharah binti Musa
10BI01031
No comments:
Post a Comment