Hukum: saya berpandangan bahawa mudharabah adalah digalakkan ,kerana padanya ia berkenaan dengan pelabur modal bagi sesiapa orang yang tidak pandai melaburkannya atau orang yang tidak mampu untuk melabur dan menyerahkan dengan cara mnyerah kepada pihak yang bertanggungjawab yang tidak mempunyaiharta di sisinya maka terjadilah pembentukkan kerjasama antara pemilik modal dan pengelola atau agensi.
Rukun-rukun mudharabah mempunyai tiga rukun iaitu:
Pertama: rakan kongsi, iaitu: pemilik modal dan pengelola. Kedua: shighoh dan ketiga: modal. Dan akan disebut setiapsatu-persatu ini di dalam rukun-rukun yang berikut.
Rukun pertama: rakan kongsi. Sebelum menghuraikan dalam syarat rakan kongsi kita mesti menjelaskan tentang hubungan di antara rakan kongsi.
Dalam rakan kongsi mudharabah hendaklah pengelola menjadi wakil kepada pemilik modal dalam meniagakan modalnya itu dan apabila menjadi seorang wakil, maka baginya adalah satu amanah untuk meniagakan modal tersebut.
Apabila pengelola meniagakan modal tersebut mendapat keuntungan, maka keuntungan tersebut menjadi perkongsian antara pengelola dan pemilik modal pada perkongsia n ni kerana pengelola berhak sesuatu dari keuntungan ini dan demikian itu rakan kongsi kepada modal.
Dan apabila tidak mengikuti syarat mudharabah, pengelola sekadar menjadi penjamin kepada modal tersebut.
Dan apabila mudharabah mengalami kerugian, maka penglelola sekadar mendapat upah sebagai pekerja sahaja kerana tiada keuntungan dari mudharabah tersebut.
Disediakan oleh :
MUHAMAD HELMI BIN AHMAD
No comments:
Post a Comment