Dan demikian : Pembangunan atau perkembangan ekonomi, menguatkannya ke atas bantuan musuh-musuh islam dengan dana untuk menggunakan keuntungan tersebut untuk memerangi orang islam.
5) membawa kepada pupus sifat ihsan di antara manusia, tidak menunjukkan tanda-tanda menolong walaupun dalam keadaan terdesak kecuali jika wujud balasan berbentuk wang.
3- Hukum Riba : pengharaman riba sebagaimana yang diketahui dari sudut agama, tidak seorang pon mampu mengingkarinya, dan telah ditetapkan pengharamannya dalam nas dan logik akal.
Adapun dibuktikan dengan nas : Ia sudah cukup untuk mengetahui bahawa Allah mengancam untuk peniaga yang mengamalkan riba sebagai musuh yang diperangi Allah ta’ala, dan menggambarkan mereka dengan seburuk gambaran, maka telah berfirman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 275-276 :
“Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli nerakamereka kekal di dalamnya.(275) Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”(276)
Dan telah datang pengharaman secara pasti, dan Allah s.w.t memerangi orang yang memakan riba dan tidak tolak ansur padanya dengan firman Allah s.w.t bagi orang yang memakan riba di dalam Surah Al-Baqarah ayat 278-279 :
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.(278) Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(279)
Adapun dibuktikan dengan logik akal : bagi orang memakan riba samada orang yang memakan riba itu adalah bank yang mengamalkan riba ataupun pelanggan mengambil keuntungan, dan tidak menanggung kerugian, ini bertentangan bagi pemikiran yang normal, adapun pemikiran yang normal orang yang mengambil keuntungan menganggung kerugian.
Oleh yang demikian atas faktor-faktor kemudaratan yang telah disebutkan di atas membawa kepada pengharaman riba walaupun sekalipun tidak wujud pengharamannya di dalam nas syar’ie.
Dan oleh yang demikian juga maka haram menubuhkan bank yang berunsurkan riba dan haram juga membeli saham-sahamnya dan haram juga melakukan transaksi dengannya kecuali jika wujud kesulitan maka diringankan untuk bertransaksi dengannya akan tetapi bukan menubuhkannya atau membeli saham-sahamnya.
Disediakan oleh :
Muhammad Zakirin Bin Aminuddin
No comments:
Post a Comment