Jualan pertukaran wang tunai
1.Kita mesti ingat bahawa duit tidak dianggap sebagai duit melainkan apabila ianya dibentuk oleh institusi untuk membentukkannya kepada duit. Emas, perak dan logam tidak dianggap sebagai duit jika tidak bentukkannya kepada duit. Pada pendapat penulis, ianya dikatakan sebagai barang dagangan kerana bernilai secara zat, tidak disimpan nilainya dan duit disimpan nilainya.
2. Jualan pertukaran wang tunai pada jenis yang sama: apabila jualan pertukaran wang tunai pada jenis yang sama hendaklah samakan antara nilai antara duit dan hendaklah berlaku penyerahan pada majlis akad. Sebagai contoh, adalah haram jual sepuluh riyal saudi dari kertas dengan sembilan riyal saudi dari logam(duit syiling) kerana riyal kertas dan logam(duit syiling) jenis yang sama.
3. Jualan pertukaran wang tunai pada jenis yang tidak sama: apabila jualan pertukaran wang tunai pada jenis yang tidak sama, boleh ada lebihan dan hendaklah berlaku penyerahan pada majlis akad. Jual seratus dinar dengan tiga ratus dolar, hendaklah ketahui pisahan jual beli sehingga penerimaan setiap apa yang dijual, jika pisahan tidak terdapat penerimaan adalah batal jual beli, dan tidak harus jualan pertukaran wang tunai atas pertukaran berlaku pada tangguhan.
Berkata Rasulullah: (Jangan kamu jual emas dengan emas kecuali secara sama kuantiti, jangan kamu lebihkan antaranya, jangan kamu jual perak dengan perak kecuali sama kuantitinya, jangan kamu lebihkan antaranya, jangan kamu menjual darinya sesuatu yang tiada dengan sesuatu yang sudah ada)
4. Bentuk penerimaan: terdapat penerimaan dengan bentuk tertentu, iaitu: penerimaan apa yang dibeli dari duit byhand pada majlis akad, penerimaan cek dengan duit yang ditulis oleh penulis cek pembayaran atas permintaan, masukkan dalam akaun di bank dan lain-lain lagi, apa yang dinamakan fuqaha (( al-sarf (pertukaran wang) pada tanggungan)) dan terdapat dua gambaran:
No comments:
Post a Comment