3- Membentuk duit dari kertas dan sebagainya : tidak dijelaskan oleh ulama’ yang terdahulu tentang pembuatan duit dari kertas, kulit kayu dan sebagainya kerana mereka tidak mengetahui tentang itu, akan tetapi mereka telah dihalang oleh negara lain dari membentukan duit daripada logam selain dari emas dan perak kerana nilai logam adalah bernilai, maka negara Islam telah melarang pihak bukan pemerintah yang membentuk duit kertas kerana duit kertas tidak bernilai pada zatnya, tetapi ia mempunyai nilai di negeri lain sekalipun melalui kuasa politik. Ini adalah sebagai undang-undang semasa terhadap kemunculan individu kepada individu dan penipuan dalam wang kertas adalah satu jenayah yang dihukum oleh undang-undang dan undang-undang itu tidak jauh daripada syariat islam.
Pembatalan penggunaan mata wang:
Apabila orang ramai berurusan dengan sesuatu, akan muncul sebahagian daripada mereka berhutang yang perlu dibayar dalam wang, kemudian negara tersebut membatalkan matawang yang sedia ada dan negara itu menggantikan matawang itu dengan tempat lain dan hutang itu akan dibayar. Bagaimana hendak diselesaikan secara jujur dalam membayar hutang?.
Imam Abu Hanifah telah membezakan hutang sama ada berupa barang atau pinjaman: kalau kita hutang duit, hendaklah di pulangkan seumpama dengannya, hutang secara pinjaman adalah batal transaksinya sebagai contoh sesiapa yang meminjamkan kepada orang lain 1000 riyal, pada masa yang sama negara tersebut menukarkan mata wang kepada dinar, maka penghutang boleh membayar hutangnya, sekalipun memberi hutang tidak akan memberi manfaat kepada diri sendiri.
Hujah Imam Abu Hanifah keatas pandangannya dalam hal ini : bahawa pinjaman adalah إعارة yang membawa makna jika kita pinjam sesuatu barang maka kita hendaklah kembalikan barang itu, jika tidak dapat kembalikan, maka kita kembalikan barang seumpama dengannya atau kembalikan dengan nilai barang itu.
Adapun yang disabitkan matawang dalam penggunaan jual beli seperti: kontrak jual beli terbatal dengan pembatalan penggunaan matawang, dan sekiranya barang yang ada itu masih ada, tapi sekiranya barang itu
rosak maka hendaklah dipulangkan barang itu.
Disediakan oleh :
Salehuddin
No comments:
Post a Comment