KesanMudharabah: telah disusun di dalam Mudharabah kesan-kesan berikut:
1) Pembahagian keuntungan: dibincangkan di sini tentang beberapa perkara iaitu:
1. Jika di dalam Mudharabah ada keuntungan, maka ia dibahagikan antara pemilik harta dan pengurus harta mengikut nisbah seperti apa yang telah disyaratkan, seperti,jika bagi pengurus harta itu 1/3, bakinya adalah untuk pemilik harta tersebut. Dan jika disebutkan di dalam akad Mudharabah oleh pengurus harta tersebut sesuatu yang diketahui dan spesifik, seperti 1000 dirham, atau keuntungan bagi 5 hari dari setiap bulan, atau lebih, maka Mudharabah itu menjadi rosak, dan jika Mudharabah itu rosak, makakeuntungankeseluruhannyamenjadimilikpemilikharta, dan bagi pengurus harta itu upah /balasan yang setimpal.
2. Al-Mudharabah dari segi dalaman: jika pemilik harta membenarkan pengurus harta itu meninggalkan harta Mudharabah ketika yang lainnya dimudharabahkan (dilaburkan), ia dibolehkan untuk melakukan sedemikian, dan tiada kaitan antara bahagian pengurus harta yang Kedua dan pengurus harta yang pertama,berdasarkan ini, seseorang itu akan meninggalkan wang kepada Mudharabah yang lain untuk menjadikan keuntungan bagi pengurus harta 1/2 dan bagi pemilik harta itu 1/2 yang lain. Maka pengurus harta akan meninggalkannya kepada pengurus harta yang lain untuk menjadikan pengurus harta Kedua mendapat 1/3, jika keuntungan keluar, pemilik harta mendapat sepertiapa yang telahdisyaratkan, iaitu 1/2, dan pengurus harta Kedua juga mendapat seperti apa yang telah disyaratkan, iaitu 1/3, dan bakinya, iaitu 1/6 adalah untuk pengurus harta Pertama.
2) Kerugian : jika terjadinya disini kerugian di dalamMudharabah, maka sesungguhnya kerugian itu ditanggung seluruhnya oleh pemilik harta tersebut, dan tidak harus pemilik harta tu untuk mensyaratkan pengurus harta itu untuk menanggung kerugian itu juga berdasarkan persepakatan Ulama’, mereka tidak berkhilaf di dalam hal inikecuali IbnuTaimiyah, menurutnya, dibolehkan bagi pemilik harta untuk mensyaratkan pengurus harta untu ksama-sama menanggung kerugian itu, diqiaskan keatasMuzara’ahdanMusaqah.
Info tambahan:
Muzara’ah :muzara’ahadalah kerjasama antara pemilik tanah dengan petani untuk mengusaha atau mengelola tanaman itu, dengan upah sebahagian dari hasil pengelolaannya. Dalam hal ini benih tanaman berasal dari pemilik kebun, petani hanya membuka kebun, menanam, dan memeliharanya hingga memperoleh hasil tanaman dan hasil tersebut nanti dibahagi antara kedua belah pihak sebagai pembayaran atau upah dari pengusahaan tersebut.
Musaqah :musaqah ialah pemilik kebun yang memberikan kebunnya kepada tukang kebun agar dipeliharanya, dan penghasilan yang di dapati daripada kebun itu dibahagi antara keduanya, menurut perjanjian antara keduanya sewaktu akad.
No comments:
Post a Comment