Dan samada mengambilnya dengan tidak mencampuri harta tersebut kedalam hartanya, tetapi dengan mendermakanya bagi tujuan kepentingan orang islam, ini adalah cara yang dianjurkan islam untuk diperaktikkan, ulama fiqah bersepakat bahawa harta yang haram tidak boleh dibelanjakan kecuali menginfakkanya/membelanjakan bagi kepentingan orang islam. Begitu juga bagi harta diperolehi dari sumber seperti penipuan dan hasil riba ataupun hasil dari perbuatan pemberontakan, juga upah yang diperoleh hasil dari kegiatan bersifat kefasikan serta upah hasil dari kerja membina rumah ibadat agama lain dan hasil-hasil seumpamanya. Perbuatan infak tersebut bukanlah bagi tujuan mendekatkan diri kepada allah akan tetapi ia bersifat sedekah yang menjauhkan dari dosa. Wang-wang hasil dari sumber yang haram tersebut bolehlah diibaratkan seperti bara api berada ditangan sesorang dimana ia tidak mampu memegangnya, sekiranya ia membiarkannya ia akan membakar tanganya, akan tetapi jika ia memberikannya kepada orang lain yang memerlukan, nescaya ia akan membantu (bagi tujuan memanaskan).
Jika seseorang mengatakan: faedah yang diperoleh oleh seseorang dari bank merupakan hasil yang haram, bagaimana pula keadannya jika ia dinikmati oleh mereka yang fakir serta golongan yang memerlukan.
Saya berpendapat: sesungguhnya faedah-faedah bank tersebut yang diperoleh oleh seseorang dari bank yang berunsur riba hanya haram keatas dirinya. Akan tetapi sekiranya ia memberikannya kepada yang memerlukan ia menjadikannya halal kepadanya, kerana tujuan pengambilannya adalah berbeza dari tujuan asal orang yang menerima faedah bank tersebut. Kaedah feqah mengatakan “ berubah sebab pemilikan sesuatu disebabkan berubahnya pemilikan barang tersebut”, asal kepada kaedah tersebut diperolehi melalui hadis rasul S.A.W yang diriwayatkan dari Aisyah R.A berkata: rasul s.a.w masuk sebuah dimana kelihatan periuk yang sedang menggelegak memasak sesuatu, lalu nabi diajak untuk menikmati hidangan tengah hari, lalu nabi dihidangkan dengan sebuku roti, kemudian nabi bersabda: tidakkah kamu melihat periuk yang sedang menggelegak diatas api, lalu mereka berkata: ya kami Nampak ya rasullullah, mereka berkata: akan tetapi ia adalah daging yang disedekahkan kepada burairah, kemudian ia memberikannya kepada kami sebagai hadiah sedangkan kamu ya rasul tidak memakan pemberian hasil dari sadakah. Lalu nabi bersabda: (ia merupakan sadakah kepadanya dan merupakan hadiah kepada kita). lalu Ulama fiqh banyak mengeluarkan hukum yang bersifat furu’ dari kaedah fiqh tersebut.
Disediakan oleh :
Najib
No comments:
Post a Comment