Sunday, 1 January 2012

m/s 48

Mudharabah (pelaburan) : bank keluarkan modal kepada pelabur yang tidak mmpunyai modal, untuk dilaburkan dgn nisbah peratusan keuntungan tertentu, atau pelanggan menyimpan deposit kepada bank untuk dilaburkan dalam pinjaman yg bukan berunsur riba, dengan ditetapkn kadar peratusan keuntungan tertentu yg berhak diperolehi oleh bank.


Dalam Mudharabah, pihak yang melaburkan tidak menanggung kerugian, akan tetapi kerugian akan berlaku hanya kepada modal yg dikeluarkan (pengeluar modal), dan dia juga tidak berhak mengecaj apa-apa (atas kerja pelaburan itu), dan akan datang perbincangan mengenai Mudharabah dalam urusniaga perbankan ini.


Murabahah : bank membeli barang dgn harga semasa, dan menjualnya dengan harga yg lebih (dari harga semasa) secara ansuran atau bertangguh, dan keuntungan yang diperolehi daripada itu akan menjadi keuntungan bagi bank, sebaliknya bukan memberi pinjaman dengan faedah (riba), dan akan datang perbincangan mengenai Murabahah dalam urusniaga perbankan ini.


Caj Perkhidmatan : komisen yang diambil oleh bank ke atas apa-apa perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan, seperti  yuran pemindahan wang, fi yang terbuka kredit dokumentari, caj kad kredit, bayaran insurans panggilan telefon antarabangsa dengan kad kredit, dan lain-lain perkhidmatan seumpama itu. Dan akan datang perbincangan mengenai perkara ini.


Pendapat : Sesungguhnya bank tidak boleh mengambil yuran ke atas pinjaman, kerana disyaki riba, dan kerana memberi pinjaman/perkhidmatan itu merupakan sebuah aqad yang ehsan (bersifat membantu), dan aqad ehsan itu keseluruhannya (adalah tanpa sebarang sifat diatas).


Bank-bank Islam yang ditubuhkan di kebanyakan negara-negara Islam menawarkan sistem ini sebagai alternatif kepada riba, dan umat Islam merasa senang dengan kewujudannya, kerana mereka menemui cara untuk melabur dengan cara pelaburan yang dibenarkan oleh hukum Allah, dan menjauhkan mereka dari kemurkaan Allah S.W.T.

Disediakan oleh :
Muzammil

No comments:

Post a Comment