Ulama’ berpendapat bahawa perkongsian secara mudharabah berasaskan kepada perwakilan di mana pengelola yang mengguruskannya menjadi wakil kepada pemodal dalam urusan dengan hartanya, dan disyaratkan kepada pemodal sebagaimana disyaratkan kepada yang diwakilkan iaitu berakal, baligh, boleh membuat pilihan dan mempunyai harta apa yang diwakilkan itu.
Dan disyaratkan kepada pengelola sebagaimana yang disyaratkan kepada wakil iaitu berakal, boleh membezakan dan membuat pilihan serta tiada halangan kepadanya dalam urusan jualbeli.
Rukun kedua: lafaz: mudharabah terhasil dengan lafaz yang menunjukan kepadanya samaada dengan percakapan, atau penulisan ataupun dengan isyarat untuk orang yang tidak boleh bercakap.
Mudharabah adalah mutlak tidak terikat pada apa-apa syarat dan ketika itu pengelola dibolehkan untuk menjalankan segala apa yang diketahuinya tentang perniagaan dalam muamalat mereka, kecuali tidak boleh baginya (pengelola) untuk memberikan modal atau sebahagian daripadanya kepada orang lain untuk menjalankan mudharabah kecuali jika diizinkan oleh pemodal kerana ia menjadikan pihak yang kedua hak pada harta orang lain tanpa izin tuannya, kerana tiada jaminan keatasnya oleh pihak yang kedua dan jika diizinkan ia perlu disertakan dengan syarat.
Syarat-syarat yang tidak dibolehkan disyaratkan dalam mudharabah terbahagi kepada 3:
Pertama: Syarat yangbercanggah dan menafikan kontrak mudharabah seperti disyaratkan pengelola yang tidak diasingkan daripada mudharabah, dan disyaratkan bahawa pemilik modalt idak menanggung beban kerugian
Adapun syarat pemilik modal untuk bekerjasama dengan pengelola, maka ulama’ jumhur berpandangan tidak dibolehkan syaratnya kerana ia bertentangan dengan syarat kontrak mudharabah, sebagaimana yang diketahui,konsep mudharabah ini adalah pengambilan manfaat terhadap harta yang dilaburkan daripada pihak yang tiada harta padanya (pengelola) dan berkata pengikut Hambali adalah syarat dibolehkan bekerjasama antara pemodal dan pengelola, kerana tidak menghalalkan benda yang haram dan tidak mengharamkan benda yang halal. Apa yang dikatakan ulama’ hanbali lebih tepat dan Allah mengetahuinya.
Disediakan oleh :
Mohd Khairul Syahid bin Jusoh
No comments:
Post a Comment