BANK-BANK TANPA RIBA (BANK ISLAM) :
Oleh kerana bank-bank yang berasaskan riba dijana di dalam negara bukan Islam, dan bagi mencapai kemaslahatan mereka, yang mana ia adalah tidak sesuai untuk orang Islam,dan malangnya mereka memasuki negara umat Islam di negara ini melalui cara penjajahan, dan apabila penjajahan itu berakhir maka tinggalah pengaruh yang kekal di dalamnya. Lalu berfikirlah para reformis dari kalangan orang Islam bagi mencari penyelesaian sebagai pegganti kepada bank-bank yang berunsurkan riba yang merupakan medium penjajahan minda dan sektor ekonomi dengan penubuhan bank-bank tersebut. Lalu bank-bank ini ditubuhkan, akan tetapi ia bukan jalan yang mudah, kerana dibelakang bank-bank yang mengamalkan riba ini wujud sokongan dari banyak negara yang mana merupakan terdiri dari negara-negara yang mengamalkan riba dengan mengishtiharkan perang terhadap bank-bank tanpa riba (Bank Islam)
Dan bagi ahli-ahli ekonomi Islam, bagi mewujudkan pada bank tersebut alternatif menjadikan kewajipan terhadap riba-riba yang berkuatkuasa di bank-bank yang berasakan riba, unsure-unsurnya adalah :
1- Perkongsian : Iaitu perkongsian oleh bank dengan pelanggan yang menyimpan wang dalam bank bagi tujuan pelaburan – iaitu pelabur , dengan sejumlah modal yang tertentu dengan peratusan keuntungan tertentu, tetapi dengan turut menanggung kerugian berasaskan kepada modal tersebut.
Atau apa yang telah dikongsi oleh pelanggan dengan melabur sejumlah modal untuk menjadi peratusan tertentu daripada keuntungan, tetapi menanggung kerugian dalam nisbah modal tersebut, dan dengan itu semua bank Islam dan pelanggan memperoleh ke atas keuntungan pada asas perkongsian itu dan bukannya kepentingan – iaitu riba - yang memberikan mereka larangan bagi bank yang berasaskan riba.
Disediakan oleh :
Muhamad Zawawi bin Jalaludin
09BI01246
No comments:
Post a Comment