Sunday, 1 January 2012

m/s 36

PERUBAHAN NILAI MATAWANG/ DUIT.
Maksud dengan perubahan nilai matawang ialah pertambahan atau pengurangan dinisbahkan dengan emas. Pada hari ini, ramai pengkaji telah mengikuti perkembangan perubahan nilai ini dengan bergantung kepada keadaan politik dan ekonomi negara terhadap tawaran dan juga permintaan terhadap kewangan. maka apabila seseorang berjanji untuk membayar dengan harga tertentu,        peminjam menaikkan nilai pinjaman itu atau menurunkan nilai pinjaman. Adakah di benarkan perjanjian tersebut?
1.      Berpendapat jumhur Abu Hanifah, Syafie, Hanabilah dan Maliki, bahawa penghutang menbayar hutang yang telah ditetapkan pada hari akad (waktu pembayaran) tanpa mengambil kira kenaikan atau pengurang nilai kerana jika membayar melebihi pinjaman di ragui akan menjadi menjadi riba, dan jika membayar kurang daripada jumlah pinjaman akan memakan harta orang dengan cara yang salah.

2.      Berpendapat Abu Yusuf dari kalangan mazhab Imam Hanifah, hendaklah membayar pinjaman mengikut hari akad yang telah ditetapkn tanpa mengambil kira perubahan nilai, ini kerana hal tersebut akan menambahankan keburukan antara kedua-dua pihak.
3.      Pendapat setengah daripada pengikut Imam Maliki, melihat perubahan nilai tersebut samada banyak atau sedikit, tidak mempedulikan perubahan tersebut jika sedikit.

Disediakan oleh :
Aini Hakimah bt Hassim
09BI01222

No comments:

Post a Comment