Sunday, 1 January 2012

m/s 58

Jenis-jenis Saham: Jenis-jenis saham dan jenis-jenis bentuknya, dan ianya seperti berikut:
Sebagai pemilik saham: akan dibahaskan dalam dua point:
Point pertama: Sebagai pemilik saham terbahagi kepada tiga jenis:
Saham penama: saham yang didaftarkan di atas nama surat cara pemilik, dan pemilikan saham ini di antara seorang individu kepada yang lain dikawal di dalam rekod syarikat, dan saham-saham ini boleh dijual dan dibeli.

Saham pegangan: ianya saham yang tidak didaftarkan di atas nama pemiliknya, bahkan pemiliknya terdiri dari sesiapa sahaja yang boleh menjalankannya, kecil atau besar, berakal atau gila.
Jumhur ulama moden berpendapat kepada tidak mengizinkan penerbitan saham seperti ini, kerana tidak diketahui oleh pemiliknya iaitu rakan kongsi, dan ia boleh membawa kepada pertikaian kerana ianya mudah terdedah kepada kecurian dan kemarahan, di samping saham ini menyediakan peluang kepada musuh negara untuk mengawal ekonomi melalui saham-saham ini.
Menurut Majlis Fiqh, diharuskan penerbitan saham pegangan, dan diharuskan dagangannya, walau pun tidak dinyatakan dalam sesi mesyuarat ketujuh Majlis Fiqh, yang membincangkan topik ini, adalah pandangan penulis sendiri.
Saham perintah: Ianya adalah saham yang ditulis di atasnya perkataan (perintah) dan didagang dan dipindahmilikkan oleh pemiliknya dengan cara yang dijelaskan, dalam hal ini seperti cek.
Saham perintah dilampirkan dengan saham penama, dibelakang nama pemiliknya.
Point kedua: Pembelian saham dan penjualannya: syarikat terbahagi kepada tiga jenis:

..bersambung .....

Disediakan oleh :
??????

No comments:

Post a Comment