Sunday, 1 January 2012

m/s 5o

Dan jika bank tersebut,mengambil manfaat dengan cara memberikan hutang dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam. Maka kita tahu, bahawa tidak harus mendepositkan wang kepada bank-bank yang berunsurkan riba kecuali pada keadaan yang terdesak. Kerana kaedah feqah menyebut kemudaratan membolehkan perkara yang dilarang. Dan keperluan merupakan suatu perkara yang terdesak kerana perbuatan mendepositkan wang tersebut merupakan perkara yang membantu kepada yang haram. Iaitu riba yang diharamkan oleh  Allah.
Maka sekiranya, seseorang terdesak mendepositkan wang kepada bank riba kerana ketiadaan bank yang berunsur islam maka ia mestilah mengikut cara berikut,
Sama ada ia meninggalkan faedah bank tersebut dan tidak mengambilnya, kerana ia merupakan wang haram akan tetapi perbuatan tersebut tidak tepat kerana meninggalkan faedah bank akan menyebabkan pengukuhan kepada perkara-perkara riba yang diharamkan.
Dan jika dikatakan kenapa ia tidak boleh? sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 279, mafhumnya : tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak dizalimi (dirugikan).
Pengarang berpendapat ini adalah disebabkan oleh peminjam riba meminjam bagi tujuan membelanjakannya atas keperluan dirinya. Manakala bank pula, mengambil wang dari pendeposit bukan bertujuan hutang, akan tetapi untuk di laburkan pada perkara riba, oleh yang demikian, meninggalkan faedah riba kepada bank merupakan bantuan kepada perkara-perkara yang di haramkan.
Sama ada mengambil faedah tersebut dan mencampurkannya kedalam keseluruhan harta,  ini juga tidak boleh kerana ia memakan riba,dan memakan riba adalah haram, firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 278 mafhumnya : 

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman.

Sama ada mengambilnya dan memusnahkan, ini juga perkara yang haram kerana sabda Nabi sesungguhnya Allah membenci bagi kamu mengadu domba, mensia-siakan harta, dan banyak meminta.

Disediakan oleh :
Muhamad bin Mohamad Yusof
09BI01162

No comments:

Post a Comment