Sekiranya perubahan itu drastik wajiblah ke atas penghutang itu menunaikan nilai wang yang tetap pada perjanjian. Sekiranya perubahan tidak drastik ia menunaikan seperti biasa tanpa mengambil kira perubahan nilai. Dan sempadan pemisah diantara drastik dan tidak drastik ialah 1/3. Dan selain daripada itu tidak drastik. Dan yang lebih daripada itu dianggap drastik. Dan apa yang saya lihat ( pendapat penulis ) penjelasan pendapat yang lain, sesungguhnya susahnya pada hari ini menentukan perubahan yang mudah bagi mata wang kerana kadang-kadang berbeza nilainya bukan dari hari ke hari tetapi dari masa ke masa, oleh itu di maafkan daripada perubahan yang diberikan. Contoh dengan menambah harga mata wang atau mengurangkannya. Selagi mana tidak mencecah 1/3 dan tetapi kami telah menetapkannya dengan 1/3 kerana dalam hadis Nabi dalam wasiatnya (1/3 banyak ).
Wang perlu di tetapkan
Hanafiah berpendapat sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad, maka tidak perlu kita tetapkan mata wang dengan menetapkan dengan nilai selagi mana ia digunakan sebagai matawang.
Sehingga seorang lelaki membeli dari lelaki yang lain sehelai baju dengan mata wang dirham, maka dirham itu telah hilang sebelum dia memberi dirham itu kepada peniaga, maka tidak terbatal jual beli tetapi dia hendaklah memberi kepada peniaga itu sama seperti nilai dirham itu. Manakala sekiranya dirham itu tidak di gunakan sebagai mata wang maka ia mestilah ditentukan nilai, oleh itu sekiranya ia menjual satu dirham yang lama dengan dua dirham yang lama (duit lama) maka ia harus. Tidaklah salah satu darinya menukar duitnya dengan yang lain dari jenisnya kerna urusniaga dengannya tidak lengkap, meskipun ianya duit tetapi ianya adalah barang perniagaan.
Disediakan oleh :
Hasuba
No comments:
Post a Comment